PRU17 Sabah: Naratif meyakinkan bakal pengaruhi pilihan rakyat

KOTA KINABALU – Naratif meyakinkan bakal mempengaruhi pilihan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-17 (PRU17) Dewan Undangan (DU) Sabah yang bakal berlangsung pada 29 November ini.

Senator Dewan Negara merangkap Pengerusi IDE Research Centre, Senator Prof. Emeritus Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman berkata, tempoh dua minggu menjelang PRU17 DU Sabah adalah fasa penting dan kritikal bagi parti-parti politik dalam membina naratif yang meyakinkan untuk menarik sokongan rakyat, khususnya generasi muda.

“Masa dua minggu ini cukup penting dan kritikal sejauh mana parti berjaya memberikan naratif yang meyakinkan sebab bagi generasi muda mereka mereka tidak ada satu ketaatan.

“Mereka tidak sokong sesuatu parti disebabkan ayah mereka menyokong parti itu,” katanya dalam sidang media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Jumaat.

Jelasnya, generasi muda mahu melihat bahawa sesuatu parti itu menjanjikan masa hadapan yang baik.

“Mana-mana parti yang bukan sahaja sekadar menjanjikan tetapi dapat meyakinkan mereka dapat menyelesaikan isu, saya kira rakyat akan secara rasional memilih parti-parti berkenaan,” ujarnya.

Tambahnya, suasana politik kini tidak lagi sama seperti tiga dekad lalu apabila calon daripada parti yang dianggap berwibawa mudah meraih kemenangan.

Related Posts

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

PORT DICKSON – Harga tiket MADANI dan mesra dengan poket rakyat bagi perlumbaan Formula Satu akan dipertimbangkan dalam memastikan lebih ramai memiliki kemampuan menikmati aktiviti sukan tersebut. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

Adalah satu perkara pelik saya tak boleh tegur isu ‘sakau’ – PMX

Adalah satu perkara pelik saya tak boleh tegur isu ‘sakau’ – PMX