PRU17: DAP Sabah tolak ‘langgar kerusi’, mahu kekal muafakat dalam PH

KOTA KINABALU – DAP Sabah berpegang kepada keputusan untuk tidak bertanding di mana-mana kawasan tanpa alasan kukuh dan akan terus menghormati semangat kerjasama dalam Pakatan Harapan (PH) menjelang PRU17 Sabah.

Timbalan Pengerusi DAP Sabah, Datuk Chan Foong Hin berkata, DAP hanya akan meletakkan calon di kawasan yang mempunyai asas kekuatan dan kehadiran jelas, termasuk beberapa kerusi tradisi yang pernah ditandingi sebelum ini.

“Kita bukan parti yang suka ‘langgar’ kawasan orang lain.

“Kalau tidak ada sebab kuat untuk bertanding, kita tidak akan berdiri di situ,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Agri Komoditi & Jualan Agro MADANI di pekarangan Dewan Golden Hotel, di sini, pada Jumaat.

Jelasnya, rundingan pembahagian kerusi antara parti-parti komponen PH masih berjalan hingga ke saat akhir bagi memastikan semua keputusan dibuat berdasarkan kekuatan sebenar setiap parti.

“Negosiasi kali ini sangat rumit kerana landskap politik Sabah jauh berbeza.

“Dulu BN ada satu parti besar yang dominan, sekarang dinamik politik yang pelbagai,” ujarnya.

Menurutnya, DAP kekal dengan pendekatan berunding dan berkompromi hingga ke peringkat terakhir, namun tidak menolak kemungkinan berlaku perubahan kecil dalam pengagihan kerusi berdasarkan keperluan semasa.

Katanya, setiap parti dalam PH perlu menunjukkan tanggungjawab dan kesediaan untuk berkorban demi memastikan gabungan itu tampil sebagai satu pasukan yang utuh menjelang PRU17 Sabah.

“Tindakan mana-mana pihak yang mahu ‘melanggar saja tanpa kesepakatan’ hanya akan menjejaskan keyakinan pengundi terhadap kerjasama PH di Sabah.

“Kalau ada yang bertanding tanpa sebab jelas, itu bukan cara PH.

“Kita berunding sampai ke penghujung, tapi akhirnya keputusan mesti dibuat,” jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai kerusi pedalaman yang sebelum ini pernah diintai oleh DAP, beliau berkata, tumpuan parti itu mungkin tertumpu di kawasan Tenom, Keningau atau Pensiangan.

“DAP hanya pertimbangkan kawasan yang mempunyai asas perkhidmatan dan kehadiran akar umbi.

“Sri Tanjung dan Elopura dahulu beralih kepada Warisan, terbaharu Tanjung Papat.

“Jadi untuk ketiga-tiga kerusi ini, semestinya akan tampil wajah baharu.

“Bagi kerusi lain pula, tunggulah apa kejutan yang akan diumumkan nanti, mungkin seperti ‘happy hour’, ada kejutan tersendiri,” jelasnya.

DAP dijangka mengumumkan senarai calon esok di Kota Kinabalu dengan beberapa kerusi bakal menyaksikan kemunculan wajah baharu.

Related Posts

Malaysia ke arah Negara AI menjelang 2030

KUALA LUMPUR – Malaysia melangkah satu tapak lagi ke hadapan menerusi peluncuran rasmi AI Malaysia, lonjakan penting ke arah aspirasi Negara AI menjelang 2030. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Selama ini kita silap tentang Anwar’ – Anetha

RAMAI sebelum ini menganggap kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak melakukan perubahan yang mencukupi, sedangkan Perdana Menteri berdepan pelbagai cabaran termasuk sokongan politik yang tidak kukuh, kerajaan gabungan serta…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undi awal ‘dibanjiri’ wang, SPR perlu buat siasatan

Undi awal ‘dibanjiri’ wang, SPR perlu buat siasatan

Ramalan Kian Ming pembakar semangat kepada calon PH – Fahmi

Ramalan Kian Ming pembakar semangat kepada calon PH – Fahmi

Hukuman khidmat masyarakat pesalah syariah perlu diperkasa

Hukuman khidmat masyarakat pesalah syariah perlu diperkasa

Malaysia ke arah Negara AI menjelang 2030

  • By Aden
  • July 28, 2026
Malaysia ke arah Negara AI menjelang 2030

SPRM reman penjawat awam terima rasuah seludup barang untuk banduan

SPRM reman penjawat awam terima rasuah seludup barang untuk banduan

Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor

Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor