Semua pihak perlu beri ruang dalam isu FAM-FIFA, titah Sultan Pahang

SULTAN Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berpandangan, semua pihak patut memberi ruang kepada proses siasatan dan keputusan berhubung isu hukuman Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang dikenakan terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan.

Baginda yang juga bekas Presiden FAM menegaskan, penting untuk semua pihak menghormati proses yang sedang berjalan dan membiarkan kebenaran muncul daripada pihak bertanggungjawab.

“Saya rasa tidak perlu untuk saya mengulas kerana ramai sudah memberi pandangan.

“Untuk lebih adil, biarlah proses ini berjalan seperti sepatutnya. Biar kebenaran didedahkan dan datang daripada pihak-pihak yang bertanggungjawab,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Baginda bertitah demikian ketika ditemui pada Majlis Walk With King Of Sport di Stadium Merdeka, petang tadi.

Keberangkatan baginda ke acara menghimpunkan 150 tetamu jemputan termasuk beberapa legenda sukan tanah air, turut diiringi Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Antara legenda sukan negara yang menyertai acara itu adalah Datuk Santokh Singh dan Datuk Soh Chin Ann (bola sepak), Datuk Rashid Sidek dan Datuk James Selvaraj (badminton), Nor Saiful Zaini Nasiruddin (hoki), G Shanti (olahraga) dan Datuk Leong Mun Yee (terjun).

Selain itu, Al-Sultan Abdullah bertitah, apa yang berlaku wajar dijadikan pengajaran berharga buat semua supaya kesilapan sama tidak berulang pada masa hadapan.

“Sudah tentu perkara ini perlu menjadi ingatan kepada semua pada masa akan datang. Kita semua mesti membetulkan keadaan demi kebaikan bola sepak negara.

“Ini bukan masa untuk menuding jari. Kita perlu bangkit daripada kegelisahan dan masalah yang sedang melanda bola sepak kita dengan semangat baharu,” titah baginda.

Baginda turut menzahirkan harapan supaya seluruh komuniti bola sepak, termasuk FAM, kelab dan penyokong, kekal bersatu memperkukuh semula kepercayaan terhadap sukan nombor satu negara itu.

Related Posts

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

JURGEN Klopp secara rasmi dilantik pengendali baharu Jerman dengan bekas pengendali Liverpool itu diberi tanggungjawab besar untuk mengembalikan kegemilangan gergasi bola sepak Eropah berkenaan. Pengumuman pelantikan itu dibuat Persekutuan Bola…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sepanyol kembali ke puncak ranking FIFA

SEPANYOL merampas kedudukan nombor 1 dunia daripada Argentina dalam ranking terbaharu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas Piala Dunia 2026. La Roja yang kehilangan kedudukan teratas pada April lalu, kembali menghuni…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman