Liverpool menang tipis atasi Real Madrid di laman sendiri

LIVERPOOL berjaya meraih kemenangan 1-0 hasil tandukan Alexis Mac Allister dalam aksi sengit Liga Juara-Juara (UCL) di Anfield, awal pagi tadi.

Ia adalah kekalahan pertama pendahulu La Liga itu dalam kempen UCL musim ini.

Skuad kendalian Arne Slot naik ke tangga keenam kumpulan dengan sembilan mata selepas empat perlawanan peringkat liga; satu tangga di bawah Real – yang turut mengumpul jumlah mata sama – tetapi berada di depan menerusi kelebihan perbezaan jaringan.

Liverpool yang baru tiga hari lalu berjaya menghentikan rentetan kekalahan dalam Liga Perdana Inggeris, tampil agresif sejurus permainan bermula dan kerap menguji penjaga gol Real, Thibaut Courtois.

Mac Allister menamatkan kebuntuan pada minit ke-61.

Dominik Szoboszlai cemerlang sepanjang perlawanan, melambungkan sepakan percuma tepat ke arah kawasan berbahaya dan pemain Argentina itu melonjak paling tinggi untuk menanduk masuk bola, mencetuskan sorakan gemuruh di Anfield.

Related Posts

FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

PERSEKUTUAN Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sentiasa memantau proses pemilihan jawatankuasa tertinggi badan induk bola sepak yang bernaung di bawah mereka, termasuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua gol Haaland pastikan City atasi Porto

ERLING Haaland meledak dua gol untuk membantu Manchester City membuka kempen Liga Juara-Juara Eropah dengan kemenangan 2-0 ke atas Porto awal pagi tadi. Tiga percubaan Haaland digagalkan penjaga gol Porto,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan