Saya akan pastikan Bersatu ‘tutup kedai’ – Puad Zarkashi

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menegaskan bahawa beliau akan memastikan Bersatu ‘tutup kedai’ selepas parti itu kini berdepan pergolakan dalaman yang semakin ketara.

Menurutnya, penglibatan beliau dalam mengulas isu dalaman Bersatu bukanlah perkara luar biasa memandangkan parti itu pernah menjadi musuh utama UMNO yang menumbangkan parti tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada tahun 2018.

“Bersatu adalah lawan UMNO yang tumbangkan UMNO pada PRU14. Malah, penubuhan Bersatu sendiri bertujuan untuk membunuh dan menggantikan UMNO. Tetapi Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin gagal,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Beliau berkata, selepas Mahathir ditendang keluar daripada Bersatu, kini tiba pula giliran Muhyiddin untuk berdepan cabaran kepimpinan dalam parti yang diasaskannya itu.

“Sudah tentu saya akan memastikan Bersatu tutup kedai,” tegasnya.

Mengulas laporan Sinar Harian yang memetik Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal sebagai berkata bahawa Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin mempunyai peluang untuk menang jika menentang Muhyiddin, Mohd Puad menyifatkan situasi itu menunjukkan perpecahan semakin jelas dalam parti berkenaan.

“Hamzah kata Wan Ahmad Fayhsal banyak berbelanja untuk parti, manakala Muhyiddin pula sukar didekati. Pokoknya, Hamzah tidak mempunyai peluang untuk menentang Muhyiddin. Tapi ramai Ahli Parlimen memihak kepadanya,” katanya.

Beliau menambah, Hamzah mungkin menggunakan sokongan yang ada sebagai alat tawar-menawar politik, termasuk kemungkinan untuk kembali menyertai UMNO.

“Inilah masa untuk kembali kepada UMNO. Ini bukan soal gila talak, tetapi Bersatu sendiri sudah bercerai-berai,” ujarnya.

Related Posts

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

NEW DELHI – Kerjasama dalam industri semikonduktor menjadi antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, dalam usaha memperluas perkongsian ekonomi Malaysia-India.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan