Utusan Malaysia akan saman pihak sebar berita palsu kenyataan Anwar

UTUSAN Malaysia menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah menerbitkan sebarang laporan seperti yang tular di media sosial baru-baru ini, yang menggunakan nama serta logo akhbar itu untuk menyebarkan berita palsu berkaitan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hantaran berkenaan turut menggunakan tajuk palsu ‘Anwar akui banyak kesilapan perjanjian dengan AS’ serta direka seolah-olah ia dilaporkan oleh Utusan Malaysia, sedangkan berita tersebut tidak pernah diterbitkan oleh organisasi berkenaan dalam mana-mana platform rasmi.

Difahamkan, hantaran palsu itu telah meraih lebih 1,300 reaksi dan lebih 250 perkongsian setakat ini, sekali gus menimbulkan salah faham dalam kalangan pengguna media sosial serta mencemarkan reputasi Utusan Malaysia.

Sehubungan itu, Utusan Malaysia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu atau mana-mana pihak yang terlibat dalam penyebaran berita palsu berkenaan.

Related Posts

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah terhadap Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berhubung kenyataan yang didakwa dibuat ketika satu ceramah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis