Mamdani tempa sejarah, Muslim pertama jadi Datuk Bandar New York

NEW YORK – Ahli politik muda berhaluan kiri, Zohran Mamdani, mencipta sejarah apabila memenangi pilihan raya Datuk Bandar New York, sekali gus menjadi Muslim pertama dan Datuk Bandar termuda dalam lebih satu abad bagi bandar terbesar di Amerika Syarikat.

Calon berusia 34 tahun itu, yang juga seorang demokrat sosialis, menewaskan bekas gabenor, Andrew Cuomo dalam satu kemenangan yang dianggap antara kejutan politik paling luar biasa dalam sejarah moden New York.

Menurut laporan Associated Press, kemenangan Mamdani menandakan kemuncak kebangkitan pantas daripada seorang ahli dewan negeri yang kurang dikenali kepada tokoh utama dalam Parti Demokrat.

“Kita membuktikan bahawa politik yang berpihak kepada rakyat mampu mengubah sejarah,” kata Mamdani kepada penyokongnya dalam ucapan kemenangan di Queens.

“New York bukan milik golongan elit, tetapi milik mereka yang berjuang untuk hidup di tengah kos sara hidup yang semakin menekan.”

Kemenangan Mamdani melangkaui batas geografi dan kaum dari kawasan mewah di Brooklyn hingga ke kejiranan pekerja imigran di Queens.

Dia akan menjadi Datuk Bandar ke-111 New York, dan juga Datuk Bandar pertama berketurunan Asia Selatan serta imigran naturalisasi pertama sejak Abraham Beame pada 1970-an.

Related Posts

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan Hospital Bukit Mertajam (HBM), Pulau Pinang sebagai antara hospital hijau terbaik dunia merupakan pencapaian yang membanggakan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerusi hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

PUTRAJAYA – Kes penipuan dalam talian terus mencatatkan angka membimbangkan apabila kerugian dilaporkan mencecah RM958 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kanak-kanak 12 tahun antara tiga sekeluarga maut dirempuh lori Imigresen

Kanak-kanak 12 tahun antara tiga sekeluarga maut dirempuh lori Imigresen

JENDELA 2 perlu sedia perkhidmatan internet berkualiti, stabil – James Ratib

  • By Ithma
  • August 19, 2026
JENDELA 2 perlu sedia perkhidmatan internet berkualiti, stabil – James Ratib

MBSJ pasang lebih 200 CCTV Sistem Parkir Pintar

MBSJ pasang lebih 200 CCTV Sistem Parkir Pintar

Saifuddin nafi KDN beri kewarganegaraan ‘secara borong’ kepada warga asing

Saifuddin nafi KDN beri kewarganegaraan ‘secara borong’ kepada warga asing

KPDN Tawau rampas barang kawalan termasuk kenderaan bernilai lebih RM104,000

  • By Fatin
  • August 19, 2026
KPDN Tawau rampas barang kawalan termasuk kenderaan bernilai lebih RM104,000

Kerajaan peruntuk RM412 juta perkasa masyarakat Orang Asli

Kerajaan peruntuk RM412 juta perkasa masyarakat Orang Asli