David Beckham terima gelaran Sir

LEGENDA bola sepak England, David Beckham menerima gelaran kebesaran Sir selepas dikurniakan Darjah Kesatria (Knighthood) oleh Raja Charles di Istana Windsor, semalam.

Ia sebagai pengiktirafan terhadap sumbangannya dalam dunia sukan dan kerja amal selama beberapa dekad.

Bekas kapten skuad kebangsaan berusia 50 tahun itu menerima anugerah berprestij berkenaan lebih 20 tahun selepas dianugerahkan penghormatan diraja lain atas jasanya dalam bola sepak.

Beckham yang juga peminat setia institusi diraja Britain, tampil segak dalam sut rekaan isterinya, Victoria Beckham, pereka fesyen yang juga bekas anggota kumpulan pop Spice Girls.

Ketika majlis berlangsung, Raja Charles kelihatan tersenyum dan ketawa kecil sambil berbual mesra dengan Beckham.

“Saya menangis apabila kali pertama diberitahu akan menerima anugerah ini.

“Ia detik besar buat keluarga kami dan amat bermakna,” katanya sambil berseloroh dia tidak kisah jika anak-anaknya kini memanggilnya ‘Sir Dad’.

Beckham turut meluahkan rasa bangga dengan pengiktirafan bersejarah itu.

“Saya sangat berbangga menerima penghormatan ini. Saya dibesarkan dalam keluarga sederhana di East End, London, dengan cita-cita mahu menjadi pemain bola sepak profesional dan kini saya berdiri di Istana Windsor bersama institusi diraja paling berpengaruh di dunia.

“Ia tidak mungkin jadi lebih baik daripada ini,” katanya.

Related Posts

Arsenal, United tutup tirai EPL dengan kemenangan

ARSENAL menutup tirai musim penuh gemilang dengan melakar kemenangan 2-1 ke atas Crystal Palace di Selhurst Park sebelum menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) secara rasmi buat kali pertama dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kelantan Red Warriors layak ke Liga Super musim depan

KOTA BHARU – Kelantan Red Warriors FC (KRW FC) menutup saingan Liga A1 Semi Pro musim ini di tangga keempat liga selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Bunga Raya FC…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama