PRU17 Sabah: BN tampil 80 peratus calon muka baharu

PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) akan menampilkan kira-kira 80 peratus muka baharu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-17 (PRU17) Sabah pada hujung bulan nanti.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perbincangan dan penetapan calon bagi PRN Sabah kini sudah hampir selesai yang sudah pun mencapai tahap 95 peratus.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri memaklumkan, langkah itu menunjukkan komitmen parti untuk melakukan pembaharuan serta menarik minat pengundi muda di Sabah bagi menyokong BN pada PRU kali ini.

“Saya rasa hampir 80 peratus adalah wajah baharu (calon muka baharu),” katanya kepada media ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama pada Festival Idea Putrajaya (Putrajaya FoI) 2025, pada Selasa.

Sementara itu, ditanya sama ada BN Sabah akan bertanding 48 kerusi pada PRN itu nanti, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, beliau akan mengumumkan perkara itu di Kota Kinabalu, Sabah.

“Saya akan mengumumkannya (jumlah kerusi) apabila saya terbang ke Kota Kinabalu minggu depan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, BN Sabah berhasrat untuk bertanding di 48 kerusi pada PRU Sabah kali ini dan perbincangan pembahagian kerusi antara BN serta Pakatan Harapan (PH) kini di fasa akhir dengan hampir 70 peratus dimuktamadkan.

Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum ini menetapkan 15 November ini sebagai hari penamaan calon bagi PRU17 Sabah disusuli 25 November pengundian awal dan 29 November.

DUN Sabah mempunyai 79 kerusi dengan 73 daripadanya dipertandingkan manakala enam lagi merupakan ADUN yang dilantik.

Pada pilihan raya lalu, PRU DUN itu menyaksikan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang ketika itu berada dalam gabungan Perikatan Nasional bersama BN dan Parti Bersatu Sabah (PBS) serta sokongan Ahli DUN bebas, berjaya membentuk kerajaan Sabah apabila memperoleh 41 daripada 73 kerusi dipertandingkan.

Sementara parti Warisan pula, memperoleh 23 kerusi manakala Pakatan Harapan (PH) memenangi sembilan kerusi.

GRS didaftarkan secara rasmi pada Mac 2022 dianggotai Bersatu, PBS, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP) serta tiada penyertaan BN dan Pas dalam GRS.

Related Posts

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

BUKIT MERTAJAM – Bekalan petrol dan diesel negara masih mencukupi ketika ini meskipun konflik di Asia Barat dan keadaan ekonomi global memberi tekanan terhadap rantaian bekalan tenaga dunia, kata Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

SEBERANG PERAI – Kerajaan sedang mengambil langkah drastik bagi memperbaiki tahap pasaran pekerjaan di negara ini sekali gus komited menyediakan pekerjaan alternatif susulan laporan isu kehilangan pekerjaan membabitkan seramai 7,057…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama