Pembicaraan kes komital Shafie Apdal, Mona Din ditetapkan 1 Disember

KOTA KINABALU – Pembicaraan kes permohonan komital bagi dakwaan penghinaan mahkamah melibatkan Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, di sini ditetapkan pada 1 Disember ini, di Mahkamah Koroner di sini.

Menurut Jabatan Peguam Negara (AGC), kertas-kertas kausa bagi kes tersebut telah diserahkan kepada Shafie di Tawau pada 3 November 2025, selepas Mahkamah memberi kebenaran bertarikh 23 Oktober 2025.

Penyerahan tersebut dibuat susulan kebenaran yang diberikan oleh Koroner Amir Shah Amir Hassan, bagi prosiding komital berhubung kenyataan yang didakwa berkaitan kes kematian pelajar tingkatan satu, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.

Selain Shafie, seorang lagi individu, pempengaruh, Che Muna Din, turut diserahkan dokumen yang sama pada 1 November 2025 di kediamannya di Shah Alam.

Kedua-dua responden dikehendaki menjawab pernyataan menurut Aturan 52 Kaedah 3(2) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (Order 52 Rule 3(2) Rules of Courts 2012) serta mengemukakan afidavit sokongan dalam tempoh 14 hari.

Kes tersebut akan dibicara di Mahkamah Sesyen Koroner Papar, yang akan bersidang di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu.

Related Posts

Polis tumpaskan sindiket dadah, rampas 55kg methamphetamine bernilai RM2.75 juta

MIRI – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah yang aktif di daerah Miri dan merampas 55 kilogram (kg) dadah methamphetamine dianggarkan bernilai RM2.75 juta dalam satu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

MIRI – Seramai 190 prospek dari Penjara Pusat Miri dipindahkan ke Penjara Pusat Limbang melalui laluan laut menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0 dengan kawalan keselamatan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR

Puad dakwa MCA hipokrit, ingatkan Pas pernah tawar DAP guna lambang bulan

Puad dakwa MCA hipokrit, ingatkan Pas pernah tawar DAP guna lambang bulan

Polis tumpaskan sindiket dadah, rampas 55kg methamphetamine bernilai RM2.75 juta

Polis tumpaskan sindiket dadah, rampas 55kg methamphetamine bernilai RM2.75 juta

KWAP rugi RM200 juta, siapa sebenarnya meluluskan pelaburan?