Fitnah kedaulatan: Bila Pas lebih percaya propaganda daripada diplomasi

KENYATAAN Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim, yang mendakwa kononnya Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) tidak melindungi kedaulatan negara berbanding perjanjian Kemboja-AS, jelas menunjukkan kedangkalan membaca teks diplomatik antarabangsa dan lebih malang, memperlihatkan bagaimana Pas kini menari mengikut gendang propaganda asing demi menyerang Kerajaan MADANI.

Kebodohan membaca dokumen antarabangsa

Perjanjian yang disebut itu bukanlah perjanjian pertahanan atau sekatan kuasa ketenteraan seperti antara AS dan Kemboja.

Sebaliknya, kerangka kerjasama Malaysia-AS yang ditandatangani Oktober lalu hanyalah Framework of Cooperation on Shared Economic and Security Concerns, satu perjanjian ekonomi dan keselamatan teknologi yang menumpukan pada rantaian bekalan, keselamatan siber, dan pelaburan strategik.

Dalam bahasa mudah, tiada satu pun fasal dalam kerangka tersebut yang melibatkan pemindahan kuasa, campur tangan ketenteraan atau penggadaian kedaulatan.

Namun seperti biasa, Pas memutar istilah ‘shared concern’ menjadi kononnya ‘tunduk kepada arahan Amerika’.

Ironinya, mereka sendiri tidak membaca dokumen penuh sekadar memetik naratif separuh masak dari media asing untuk dijadikan peluru politik.

‘Shared Concern’ bukan ‘Shared Command’

Dalam undang-undang antarabangsa, istilah ‘shared concern’ bermaksud kesepakatan bersama terhadap isu global seperti keselamatan siber, pengubahan wang haram, dan perdagangan haram.

Ia bukan klausa yang mengikat Malaysia untuk patuh kepada sekatan AS, tetapi satu bentuk kerjasama setara dan sukarela.

Malaysia kekal bebas menentukan dasar luar keputusan berkaitan sekatan, eksport, atau hubungan diplomatik tetap ditentukan oleh Kabinet Malaysia dan bukan Washington.

Malaysia kekal berkecuali dan tegas dengan prinsip

Di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dasar luar Malaysia kekal konsisten ‘friends to all, enemy to none’.

Malaysia mengekalkan hubungan baik dengan semua kuasa dunia termasuk China, Jepun, EU, dan AS, tanpa menggadaikan kedaulatan negara.

Buktinya, Malaysia kekal lantang dalam isu Palestin, menolak campur tangan ketenteraan asing, dan tidak menyertai pakatan seperti AUKUS yang jelas bertentangan dengan prinsip neutral ASEAN.

Pas cuba hidupkan sentimen lama ‘kita dikhianati’

Naratif yang dibawa Ahmad Amzad hanyalah kesinambungan strategi lama Pas menakut-nakutkan rakyat dengan bayangan ‘kedaulatan tergadai’ setiap kali Kerajaan Persekutuan menjalinkan hubungan antarabangsa.

Inilah politik murahan yang dimainkan setiap kali Pas buntu isu ekonomi negeri sendiri.
Sedangkan, hakikatnya Kerajaan MADANI sedang membawa pulang pelaburan bernilai berbilion ringgit, membuka peluang pekerjaan baharu, dan menambah hasil negeri termasuk di Terengganu melalui projek tenaga dan pelabuhan.

Ironinya, pemimpin yang lantang bercakap tentang ‘kedaulatan’ inilah yang tidak bersuara ketika China menebus tanah di Laut China Selatan, atau ketika rakyat Terengganu dihimpit isu kemiskinan dan peluang pekerjaan yang gagal diurus Kerajaan Negeri Pas.

Diplomasi MADANI: Pertahankan maruah, bangunkan negara

Kerajaan MADANI tidak tunduk kepada mana-mana kuasa asing.

Malaysia berdiri atas prinsip diplomasi berasaskan maruah, keseimbangan dan kepentingan rakyat.

Sementara Pas sibuk menjual ketakutan, kerajaan ini bekerja membina keyakinan pelabur, memperkukuh kedaulatan ekonomi dan memulihkan imej Malaysia di mata dunia.

Kedaulatan bukan sekadar menolak perjanjian tetapi memastikan negara ini berdikari, dihormati dan berdaulat dalam keputusan sendiri.

Bila ahli politik menafsir diplomasi seperti khutbah Jumaat, rakyat harus berhati-hati.

Malaysia tidak tunduk kepada sesiapa hanya Pas yang tunduk pada naratif ciptaan sendiri.

Related Posts

SOP pastikan ibadah korban lebih selamat dan terkawal perlu dilaksana secara pragmatik

AIDILADHA sentiasa membawa suasana penuh makna kepada umat Islam apabila masjid, surau dan kawasan kejiranan kembali hidup dengan pelaksanaan ibadah korban selain memperlihatkan semangat kebersamaan serta gotong-royong masyarakat dalam menghidupkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PN retak dari dalam: Kenyataan Bersatu dedah perebutan kuasa makin kritikal

KENYATAAN media rasmi Biro Politik Bersatu pada 24 Mei 2026 dilihat bukan lagi sekadar penjelasan terhadap kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, tetapi menjadi petunjuk paling jelas bahawa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar