‘Wan Ahmad Fayhsal, jangan jual nama Najib untuk selamatkan kedudukan dalam Bersatu’

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal diingatkan supaya tidak menjual nama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mempertahankan Bersatu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ia susulan dakwaan kononnya Najib dipengaruhi oleh Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin untuk menandatangani akaun bersumpah (SD) bagi menyokong Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Katanya, beliau sering berada bersama Najib yang juga bekas Presiden UMNO dan mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

“Najib bertindak secara kolektif. Dia patuh pada keputusan parti. Tidak ada sebab Najib akan mendengar pujukan Hamzah kaki lompat dan pengkhianat UMNO,”

“Keputusan Najib dan UMNO adalah taktikal iaitu menjatuhkan musuh satu persatu bermula dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) 1.0 dan ia terbukti menjadi kenyataan,” katanya menerusi laman sosial Facebook miliknya, pada Ahad.

Mengulas lanjut, Puad berkata, 17 bulan selepas itu giliran Muhyiddin pula jatuh apabila lapan Ahli Parlimen UMNO termasuk Najib sendiri menarik sokongan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkenaan.

“Sebab itu Najib dan BN tidak pernah menyertai gabungan PN.

“Nasihat saya kepada Wan Ahmad Fayhsal berhenti buat pendedahan.

“Takut lagi banyak bohong. Pujuk 22 MP Bersatu buat SD menarik sokongan terhadap Muhyiddin sebagai Presiden Bersatu,” katanya.  

Related Posts

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

KUALA LUMPUR – Semua pihak termasuk ahli politik perlu menghayati dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mengingatkan rakyat mengenai kepentingan mengamalkan semangat serta nilai Rukun Negara dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

KUALA LUMPUR – Semua platform media sosial yang beroperasi di Malaysia diwajibkan menghormati dan mematuhi undang-undang negara, khususnya yang melibatkan aspek keselamatan serta perlindungan kanak-kanak dalam persekitaran digital. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

Pembubaran DUN Johor sudah dijangka, PH perkukuh persiapan PRN

Pembubaran DUN Johor sudah dijangka, PH perkukuh persiapan PRN

Anwar junjung kasih kebijaksanaan Agong, tegaskan komitmen perkukuh demokrasi

Anwar junjung kasih kebijaksanaan Agong, tegaskan komitmen perkukuh demokrasi

Media sosial wajib sahkan umur, pengguna bawah 16 tahun berdepan sekatan – MCMC

Media sosial wajib sahkan umur, pengguna bawah 16 tahun berdepan sekatan – MCMC