Anak muda harapan, bina Sabah lebih adil dan bersatu

LAHAD DATU – Golongan muda di negeri ini diseru agar terus menjadi tonggak perubahan, memandangkan golongan itu harapan dalam membina masa depan Sabah yang lebih maju, adil dan bersatu.

Demikian seruan Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Milus Alu@Abd Wahad agar anak muda menggunakan suara dan tindakan mereka dengan bijak sama ada di media sosial, peti undi dan dalam kehidupan seharian.

Beliau berkata, suara golongan muda bukanlah kecil, sebaliknya merupakan kuasa yang mampu mengubah masa depan dengan ilmu, semangat dan maruah.

“Jangan biarkan orang lain tentukan arah Sabah. Ingat, kita bukan sekadar orang Sabah. Kita adalah pembina Malaysia MADANI.

“Kita bukan sekadar penduduk. Rapatkan saf dan kuatkan tekad. Bersama kerajaan
yang mendengar, bersama komuniti yang bersatu kita bangunkan Sabah untuk semua,” katanya berucap pada Program Rapat-Rapat Bah Bersama-Sama Komuniti di Kampung Jawa, di sini, pada Ahad.

Jelas Milus, keputusan Mahkamah Tinggi pada 17 Oktober lalu adalah langkah penting untuk mengembalikan maruah dan hak negeri ini.

Katanya, hasil perjuangan itu bukan untuk pemimpin, tetapi untuk rakyat khususnya anak muda Sabah yang ingin lihat negeri ini membangun setara dengan negeri lain.

“Bila kita bercakap tentang hak 40 peratus hasil Sabah, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri telah menegaskan bahawa hak Sabah mesti dihormati dan ditunaikan.

“Apabila hasil negeri dikembalikan, anak muda Sabah akan menjadi antara yang paling beruntung kerana dengan agihan yang adil, lebih banyak pelaburan dapat dimasukkan, peluang pekerjaan dapat diperluas, dan ruang untuk mereka menonjolkan potensi diri akan semakin terbuka,” ujarnya.

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

SEREMBAN – Teka-teki mengenai masa depan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijangka terjawab dalam tempoh beberapa hari lagi apabila desas-desus pembubarannya semakin kuat diperkatakan dalam kalangan pemain politik negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai