Warisan Islam dan budaya Melayu terus subur di Sarawak – Dr Abdul Rahman

KUCHING – Amalan zikir duduk dan marhaban bukan sekadar tradisi keagamaan, tetapi menjadi warisan seni Islam yang terus subur di Sarawak serta memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata warisan keislaman seperti ini bukan sahaja menzahirkan kecintaan kepada Rasulullah SAW, malah menjadi medium dakwah yang lembut tetapi penuh makna dan rohnya.

“Zikir duduk dan marhaban bukan sekadar puji-pujian, tetapi satu bentuk seni warisan Islam yang signifikan di bumi Sarawak. Ia menjadi medium dakwah yang penuh hikmah serta menggambarkan kehalusan budaya Melayu-Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pertandingan Zikir Duduk Peringkat Sarawak dan Pesta Marhaban Borneo 2025 yang diadakan di Hikmah Exchange & Event Centre pada Ahad malam.

Menurut Dr Abdul Rahman merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai, amalan zikir duduk dan marhaban telah lama menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat Melayu-Islam di Sarawak, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

“Ia sering dizahirkan dalam majlis keramaian seperti Maulidur Rasul, kenduri kesyukuran, perkahwinan dan juga majlis keagamaan. Tradisi ini perlu kita pelihara agar tidak pupus ditelan arus moden,” ujarnya.

Beliau turut menegaskan kerajaan Sarawak sentiasa menghargai dan menyokong usaha badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) dalam memastikan warisan Islam dan Melayu terus berkembang, terutamanya dalam kalangan generasi muda.

“Usaha PKMS menganjurkan Pesta Marhaban Borneo amat membanggakan kerana berjaya menghimpunkan penyertaan bukan sahaja dari negeri-negeri di Malaysia, malah dari Brunei Darussalam dan Kalimantan Barat. Ini melambangkan ukhuwah Islamiah dan budaya Nusantara yang terus kukuh,” katanya.

Dr Abdul Rahman menambah, penganjuran program seumpama itu turut mencerminkan kematangan PKMS dalam berorganisasi serta membuka ruang kerjasama lebih luas antara komuniti Islam di Kepulauan Borneo.

Beliau turut menekankan kerajaan Sarawak komited memperkukuh pembangunan ummah, bukan hanya dengan membina masjid dan surau yang moden, tetapi juga melalui peruntukan khas bagi aktiviti dakwah, pendidikan Islam, program belia dan ekonomi umat Islam.

“Pendekatan kita kekal inklusif,harmoni dan menjunjung prinsip ‘Unity in Diversity’ iaitu semua kaum, agama dan budaya di Sarawak dapat hidup bersama dalam suasana aman dan saling menghormati,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menyeru golongan muda agar terus mencintai dan mempelajari warisan Islam agar tidak pupus dimamah arus moden.

“Kita perlu bijak memelihara sambil memperbaharui pendekatan agar warisan ini kekal relevan dan menarik kepada generasi masa kini,” katanya.

Dr Abdul Rahman turut mengucapkan tahniah kepada PKMS atas kejayaan menganjurkan pertandingan dan pesta tersebut yang disifatkannya sebagai titik tolak kepada kebangkitan budaya Islam yang lebih gemilang di Bumi Kenyalang.

Related Posts

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

ALOR SETAR – Kerajaan Persekutuan sedia mempertimbang cadangan mengembalikan keistimewaan status bebas cukai Langkawi bagi membantu merancakkan aktiviti perniagaan di pulau peranginan itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
10 Exco Negeri Sembilan hilang dari portal rasmi kerajaan negeri

SEREMBAN – Gambar 10 Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan tidak lagi dipaparkan di portal rasmi Kerajaan Negeri Sembilan susulan pembatalan pelantikan mereka. Tinjauan mendapati, hanya gambar Menteri Besar,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027

Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027

Saravanan, keluarga diminta isytihar harta – SPRM

Saravanan, keluarga diminta isytihar harta – SPRM

10 Exco Negeri Sembilan hilang dari portal rasmi kerajaan negeri

10 Exco Negeri Sembilan hilang dari portal rasmi kerajaan negeri

Siasatan baja lewat edar di Kedah selesai, 2 dijangka didakwa – SPRM

Siasatan baja lewat edar di Kedah selesai, 2 dijangka didakwa – SPRM