RM3.96 juta bantu pelajar Perak nikmati makanan percuma program Tuisyen Cikgu Saarani

IPOH – Kerajaan Negeri Perak memperkukuh komitmen terhadap pembangunan pendidikan dengan memperuntukkan RM3.96 juta bagi pelaksanaan program Bantuan Makanan Percuma Tuisyen Cikgu Saarani (TCS) yang memanfaatkan lebih 27,000 calon peperiksaan utama di seluruh negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, dana itu meningkat sebanyak RM540,000 berbanding RM3.42 juta tahun lalu, sejajar dengan perluasan tempoh program daripada 20 kepada 25 hari atas permintaan sekolah-sekolah yang terlibat.

“Pelajar yang mengikuti sesi tuisyen tambahan ini akan menerima makanan tengah hari bernilai RM5 setiap hari sepanjang tempoh program. Ini mencerminkan keprihatinan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) terhadap tanggungjawab sosial dalam memperkasakan pendidikan anak Perak,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Makanan Percuma Peperiksaan Awam TCS 2025 di Laman Seri Ridzuan, pada Rabu.

Turut hadir Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah serta Pengurus Besar Yayasan Perak, Dr Nasreen Khanum Nawab Zadah Khan.

Saarani menjelaskan, inisiatif itu bukan sekadar menyediakan juadah percuma, tetapi juga sebagai usaha memberi keselesaan dan sokongan moral kepada pelajar sepanjang sesi pembelajaran.

“Program ini bukan untuk spot question atau ramalan, tetapi bimbingan daripada pemeriksa kertas berpengalaman yang tahu cara menjawab dengan betul untuk memperoleh markah penuh. Jadi saya harap pelajar beri tumpuan sepenuhnya,” katanya.

Menurut beliau, kejayaan program tersebut dapat dilihat melalui peningkatan keputusan peperiksaan setiap tahun hasil komitmen Jabatan Pendidikan Negeri, guru serta pihak sekolah yang mengurus dana dengan penuh amanah.

“Pengarah Pelajaran membuktikan kepada pemberi dana bahawa duit yang diberi dijaga elok. Guru mengajar bersungguh-sungguh, pelajar belajar dan makan dengan baik, hasilnya keputusan pun baik. Bila nampak hasil, barulah mereka tambah peruntukan,” ujarnya.

Program TCS tahun ini disokong oleh lima syarikat GLC negeri dengan jumlah sumbangan tertinggi daripada Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) dan Lembaga Air Perak (LAP) masing-masing sebanyak RM1.05 juta.

Selain itu, Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) menyumbang RM750,000, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) sebanyak RM560,000, manakala Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) menyalurkan RM550,000.

Related Posts

JOM MALAYSIA dijangka pacu produk Sabah ke persada antarabangsa

SANDAKAN – Gerakan Nasional Jom Beli Produk Malaysia (JOM MALAYSIA) diyakini mampu menjadi pemangkin kepada usaha mengangkat produk dan jenama keluaran Sabah ke persada antarabangsa, selaras dengan aspirasi ‘local to…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dapur Sepanggar himpun resipi tradisional masyarakat pelbagai etnik

SEPANGGAR – Satu usaha untuk mendokumentasikan resipi tradisional masyarakat di Sepanggar menerusi penerbitan Dapur Sepanggar sedang dilaksanakan, kata Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mustapha Sakmud. Beliau berkata, inisiatif itu akan menghimpunkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JOM MALAYSIA dijangka pacu produk Sabah ke persada antarabangsa

JOM MALAYSIA dijangka pacu produk Sabah ke persada antarabangsa

Dapur Sepanggar himpun resipi tradisional masyarakat pelbagai etnik

Dapur Sepanggar himpun resipi tradisional masyarakat pelbagai etnik

KIBAR bawa inisiatif kerajaan terus ke akar umbi – Mordi

KIBAR bawa inisiatif kerajaan terus ke akar umbi – Mordi

Penunggang motosikal catat 70.18 peratus kematian jalan raya di Selangor

Penunggang motosikal catat 70.18 peratus kematian jalan raya di Selangor

UMNO perlu utamakan denyut nadi rakyat

UMNO perlu utamakan denyut nadi rakyat

48 mangsa banjir dipindah ke kawasan selamat

48 mangsa banjir dipindah ke kawasan selamat