Bayern atasi Moenchengladbach 3-0

BAYERN Munich terus menunjukkan taring mereka apabila menewaskan Borussia Moenchengladbach 3-0 dalam aksi Bundesliga, sekali gus mencatat kemenangan ke-13 berturut-turut dalam semua pertandingan musim ini.

Walaupun berdepan tentangan sengit daripada pasukan tuan rumah yang beraksi dengan 10 pemain, Bayern akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-64 menerusi Joshua Kimmich yang menyempurnakan peluang dalam kotak penalti.

Lima minit kemudian, pemain gantian Raphael Guerreiro menggandakan kedudukan selepas menolak masuk bola hantaran leret sebelum Lennart Karl, melengkapkan kemenangan bergaya dengan jaringan ketiga pada minit ke-81 – gol pertamanya dalam saingan Bundesliga.

Dengan kemenangan itu, skuad kendalian Vincent Kompany kini mengumpul 24 mata maksimum daripada lapan perlawanan liga, lima mata di hadapan RB Leipzig yang menewaskan Augsburg 6-0.

Related Posts

Arsenal, United tutup tirai EPL dengan kemenangan

ARSENAL menutup tirai musim penuh gemilang dengan melakar kemenangan 2-1 ke atas Crystal Palace di Selhurst Park sebelum menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) secara rasmi buat kali pertama dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kelantan Red Warriors layak ke Liga Super musim depan

KOTA BHARU – Kelantan Red Warriors FC (KRW FC) menutup saingan Liga A1 Semi Pro musim ini di tangga keempat liga selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Bunga Raya FC…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama