PRU17 Sabah: Harapan Rakyat sasar 3 kerusi, seru rakyat tolak politik fitnah

TAWAU – Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) menyasarkan sehingga tiga kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-17 (PRU17) Dewan Undangan (DU) Sabah di samping menyeru rakyat negeri ini menolak politik fitnah dan perpecahan.

Presidennya yang juga Naib Pengerusi GRS, Tan Sri Liew Yun Fah berkata, walau bagaimanapun, semua keputusan itu tetap bergantung kepada pucuk pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). 

“Kita menyasarkan dua hingga tiga kerusi yang boleh dimenangi. Kita mempunyai pucuk pimpinan dan berdisiplin, bukan datang untuk berebut.

“Jadi, kita ikut keputusan muktamad dan apabila tempat (kerusi) kita telah ditetapkan, kita akan maju ke depan,” katanya kepada media selepas penyerahan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) di sekitar Merotai, pada Khamis.

Dalam masa sama, Yun Fah turut menolak dakwaan bahawa GRS adalah parti yang dipengaruhi Semenanjung dan berharap agar rakyat Sabah tidak terpedaya dengan fitnah yang dimainkan pihak tertentu.

“Kalau rakyat benar-benar sedar, inilah masanya untuk perubahan. Sama ada parti Melayu atau parti Semenanjung, penentunya tetap datang daripada kita sendiri.

“Kita boleh lihat, dalam parti-parti Semenanjung yang masuk ke Sabah ini, majoritinya juga terdiri daripada orang Sabah.

“Jadi, tidak perlulah lagi menyebut soal parti Melayu atau parti luar.

“Kalau benar-benar mahu parti tempatan kembali menguasai negeri Sabah, pilihlah calon-calon daripada GRS yang telah ditetapkan,” katanya. 

Jelas Yun Fah, sekiranya GRS diberi mandat sekali lagi, beliau berkeyakinan penuh ekonomi dan pembangunan Sabah terus meningkat dan lancar. 

“Kita sudah nampak buktinya pembangunan, ekonomi semakin meningkat seperti yang sering dipaparkan di media sosial. Jadi, apa lagi yang kita tunggu?

“Kekuatan perpaduan antara Sabah dan Semenanjung juga telah kita buktikan.

“Sebab itu saya menyeru semua rakyat Sabah, jangan mudah terpengaruh dengan fitnah kerana penentu di tangan kamu (pengundi),” ujarnya.

Related Posts

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

PARIT YAANI – Exco Pemuda AMANAH, Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda menyifatkan kenyataan bekas pemimpin DAP, Tony Pua berhubung institusi Raja-Raja Melayu sebagai tindakan tidak wajar dan biadab. Menurut beliau, kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

PAYA RUMPUT – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyasarkan sebanyak 800 bilik darjah di seluruh negara akan ditransformasikan kepada ‘AI Powered Classroom’ menjelang akhir tahun 2027 sebagai usaha memperkukuh agenda transformasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

Sekolah Tinggi Segamat raih pengiktirafan seabad, lambang kecemerlangan pendidikan

Sekolah Tinggi Segamat raih pengiktirafan seabad, lambang kecemerlangan pendidikan

YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat

YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat