Optimis Tanjung Batu panji BN, pengundi masih setia pilih Dacing – MB Perak

KALABAKAN – Barisan Nasional (BN) berkeyakinan mampu menawan semula kerusi Dewan Undangan Tanjung Batu pada Pilihan Raya Umum ke-17 (PRU17) Dewan Undangan (DU) Sabah akan datang berikutan kesetiaan pengundi lama dan sokongan pengundi baharu terhadap parti berlogo Dacing.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, keyakinan itu disandarkan kepada hasil kajian sikap yang dijalankan oleh parti termasuk melalui pertemuan dan libat urus bersama rakyat di peringkat akar umbi yang telah lama dilaksanakan.

“Kita turun padang untuk mendapatkan maklum balas secara terus daripada rakyat bagi memahami kehendak serta keperluan mereka dan sudah tentu yang pertama ialah keperluan asas termasuk kos sara hidup.

“Ini semua kita ambil kira dari suara akar umbi dan itulah cara bagaimana Barisan Nasional selama ini berkhidmat selain kita akan cuba sedaya upaya  untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat.

“Saya yakin mereka akan mengekalkan momentum itu dan dapat membantu kemenangan bagi DU Tanjung Batu ini InsyaAllah,” katanya kepada media selepas Program TEGAR71 di Kampung Baru Pasir Putih, pada Rabu.

Dalam pada itu, Saarani yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak turut mengingatkan pengundi agar menilai lambang parti BN yang melambangkan kesinambungan perjuangan dan perkhidmatan kepada rakyat.

“Kalau tersilap memilih, bukan memilih lambang tetapi pilih individu, individu kadang-kadang akan berubah hati.

“Kena ingat, rakan kita dulu (bekas penyandang) memenangi DU ini bertanding atas lambang BN dan kesetiaan kepada BN itu bukan sahaja pengundi tapi juga kepada calon, kepada wakil rakyat yang ada.

“Kerana sumpah setia kita, Barisan Nasional ini adalah parti yang menjaga kebajikan rakyat.

“Jadi kerana itu, pengundi kena ingat siapa juga yang dinamakan oleh BN, kita akan pastikan dia akan bertugas lebih baik daripada dia (bekas penyandang),” katanya.

Ketika ditanya mengenai isu rasuah yang dikaitkan dengan bekas wakil rakyat kawasan itu, Saarani menegaskan BN tidak akan mendahului mahkamah dalam sebarang keputusan berkaitan kes tersebut.

“Kita tidak boleh mendahului mahkamah,” tegasnya.

Related Posts

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

PARIT YAANI – Exco Pemuda AMANAH, Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda menyifatkan kenyataan bekas pemimpin DAP, Tony Pua berhubung institusi Raja-Raja Melayu sebagai tindakan tidak wajar dan biadab. Menurut beliau, kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

PAYA RUMPUT – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyasarkan sebanyak 800 bilik darjah di seluruh negara akan ditransformasikan kepada ‘AI Powered Classroom’ menjelang akhir tahun 2027 sebagai usaha memperkukuh agenda transformasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

Sekolah Tinggi Segamat raih pengiktirafan seabad, lambang kecemerlangan pendidikan

Sekolah Tinggi Segamat raih pengiktirafan seabad, lambang kecemerlangan pendidikan

YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat

YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat