Projek RTP pacu kemajuan luar bandar, bukti keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap rakyat

KABONG – Pembangunan luar bandar terus dipacu melalui pelaksanaan beberapa projek di bawah Rural Transformation Projects (RTP) yang dilaksanakan di kawasan Kabong, sebagai bukti nyata keprihatinan kerajaan negeri dalam memperkukuh kesejahteraan rakyat di peringkat akar umbi.

Majlis ringkas penyerahan tapak bagi pelaksanaan projek-projek tersebut telah diadakan pada pada Rabu, menandakan permulaan kepada beberapa inisiatif pembangunan yang bakal memberi manfaat besar kepada penduduk setempat.

Antara projek yang akan dilaksanakan termasuk kerja menaik taraf Dewan Terbuka Rumah Nyandang, Ulu Roban dengan peruntukan sebanyak RM100,000.00. Projek ini telah bermula pada 7 Oktober 2025 dan dijangka siap pada 23 Februari 2026. Sementara itu, projek menaiktaraf jalan dan jeti di Kampung Sessang bernilai RM250,000.00 dan dijangka siap sepenuhnya pada 23 Mac 2026.

Selain itu, Dewan SK To’ Eman Nyabor, Kabong turut dinaik taraf dengan kos RM200,000, manakala pembinaan jambatan baharu di Ladang Sawit Kampung Metang Desa bernilai RM200,000. Kedua-dua projek tersebut dijangka siap pada suku pertama tahun depan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Datuk Mohd Chee Kadir, pelaksanaan projek RTP adalah manifestasi komitmen kerajaan negeri untuk memastikan setiap kawasan luar bandar menerima limpahan pembangunan secara menyeluruh dan seimbang.

“Projek-projek kecil seperti ini memberi kesan besar kepada kehidupan harian rakyat di kawasan luar bandar. Walaupun nilainya tidak sebesar projek mega, namun impaknya amat dirasai kerana ia terus menyentuh keperluan asas masyarakat, sama ada jalan, dewan mahupun kemudahan awam,” katanya.

Mohd Chee turut menyatakan keyakinannya bahawa pelaksanaan projek RTP ini akan menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti hidup masyarakat Kabong dan menyokong agenda pembangunan negeri yang inklusif serta berteraskan kesejahteraan rakyat.

Related Posts

Shahrudin tekankan integriti, penguatkuasaan adil dan kerjasama komuniti

KOTA KINABALU – Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu yang baharu, Asisten Komisioner Shahrudin Mat Husain menggariskan tiga keutamaan yang akan menjadi teras kepimpinannya, iaitu memperkasakan profesionalisme pasukan, melaksanakan penguatkuasaan undang-undang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persidangan FEBS 2026 bincang potensi AI pacu kelestarian ekonomi Borneo

KUCHING –  Sarawak terus mengorak langkah memperkasakan polisi ekonomi hijau berteraskan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030 bagi memastikan kelestarian pembangunan wilayah berkenaan kekal terjamin.   Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Shahrudin tekankan integriti, penguatkuasaan adil dan kerjasama komuniti

Shahrudin tekankan integriti, penguatkuasaan adil dan kerjasama komuniti

Sheikh Omar desak hantaran persenda ‘tahlil Loke di Chennah’ dipadam

Sheikh Omar desak hantaran persenda ‘tahlil Loke di Chennah’ dipadam

Persidangan FEBS 2026 bincang potensi AI pacu kelestarian ekonomi Borneo

Persidangan FEBS 2026 bincang potensi AI pacu kelestarian ekonomi Borneo

JPA buka permohonan Dermasiswa B40 untuk lepasan SPM 2025

JPA buka permohonan Dermasiswa B40 untuk lepasan SPM 2025

Tiga pekerja stesen minyak ditahan salah guna subsidi BUDI MADANI

Tiga pekerja stesen minyak ditahan salah guna subsidi BUDI MADANI

Bekas CEO, CFO Tabung Haji ditahan, disyaki salah guna kuasa RM370 juta

Bekas CEO, CFO Tabung Haji ditahan, disyaki salah guna kuasa RM370 juta