Muhyiddin kena ‘kacau’ isu menantu lari di Dewan Rakyat

KISAH menantu yang melarikan diri ke luar negara terus menghantui Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kali ini, Presiden Bersatu itu diganggu oleh salah seorang Ahli Parlimen daripada blok kerajaan ketika sedang berbahas Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat.

Ketika membahaskan mengenai topik rasionalisasi subsidi, Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) dilihat bangun dan meminta laluan daripada Ahli Parlimen Pagoh itu untuk bertanyakan soalan.

Bagaimanapun, ia tidak diendahkan oleh Muhyiddin, dengan menyatakan ucapan perbahasannya belum lagi separuh.

Poay Tiong kemudian dilihat berterusan mengganggu dan meminta laluan daripada Muhyiddin untuk bertanyakan soalan mengenai perihal menantunya, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan yang dipercayai berada di Timur Tengah.

“Ada yang hidup mewah, lari keluar negara, main golf di Timur Tengah yang didakwa anak menantu,” katanya ketika mencelah perbahasan Muhyiddin.

Poay Tiong kemudian diberi amaran oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yeng.

“Yang Berhormat (Poay Tiong) sila duduk, kalau tidak rehat dulu,” katanya.

Terdahulu, News Straits Times (NST) melaporkan, Muhammad Adlan yang melarikan diri lebih dua tahun lalu, dipercayai kini menjalani kehidupan mewah di sebuah negara Asia Barat.

Sumber memberitahu NST bahawa Adlan kerap ke luar masuk negara berkenaan untuk perjalanan ke luar negara, termasuk ke Thailand bagi bermain golf dan mengunjungi lapang sasar menembak.

Related Posts

BUDI Diesel: Kerajaan belum bincang klasifikasi baharu T20 – Amir Hamzah

BALIK PULAU – Kerajaan belum membincangkan sebarang cadangan untuk mewujudkan klasifikasi baharu membabitkan kumpulan berpendapatan tinggi setakat ini. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, sebaliknya kerajaan akan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

JOHOR BAHRU – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat untuk mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi mencari penyelesaian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Masidi tegas penstrukturan semula Gagasan Rakyat demi masa depan parti

Masidi tegas penstrukturan semula Gagasan Rakyat demi masa depan parti

BUDI Diesel: Kerajaan belum bincang klasifikasi baharu T20 – Amir Hamzah

BUDI Diesel: Kerajaan belum bincang klasifikasi baharu T20 – Amir Hamzah

Isu UEC: Sistem pendidikan tinggi diperkasa, martabat SPM tidak tercalar

Isu UEC: Sistem pendidikan tinggi diperkasa, martabat SPM tidak tercalar

KPM lulus pelaksanaan subjek Bahasa Inggeris bagi DLP Sarawak menjelang 2029

KPM lulus pelaksanaan subjek Bahasa Inggeris bagi DLP Sarawak menjelang 2029

Isu jalan di BSI perlu diselesaikan secara harmoni, berpandukan undang-undang

Isu jalan di BSI perlu diselesaikan secara harmoni, berpandukan undang-undang

Unimas mahu pendekatan inklusif tanpa jejas kualiti – Naib Canselor

Unimas mahu pendekatan inklusif tanpa jejas kualiti – Naib Canselor