Langkah lanjut operasi ICQS Padang Besar mampu lonjak ekonomi dan pelancongan Perlis

KANGAR – Cadangan melanjutkan waktu operasi Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar sehingga 12 tengah malam dilihat mampu merancakkan semula sektor ekonomi dan pelancongan negeri Perlis, khususnya di kawasan sempadan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, inisiatif itu perlu dirancang secara menyeluruh agar memberi manfaat kepada kedua-dua negara tanpa menjejaskan keselamatan serta undang-undang sedia ada.

Baginda bertitah, pelaksanaannya perlu diperhalusi bersama Pejabat Gabenor Wilayah Songkhla, Datuk Bandar Sadao serta pegawai Sub-Daerah Padang Besar, Thailand bagi memastikan kelancaran dan keseimbangan kepentingan bersama.

“Ia diharap dapat membantu usaha menyuraikan kesesakan trafik khususnya semasa cuti hujung minggu, perayaan dan musim cuti persekolahan.

“Langkah itu juga dapat memperkasakan aktiviti ekonomi mahupun pelancongan terutama di kawasan sempadan,” titahnya selepas merasmikan majlis promosi masakan Perlis di Janda Baik, Bentong baru-baru ini.

Turut berangkat, Warisnya Yang Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.

Pada Mac 2024, kerajaan negeri mengemukakan cadangan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya waktu operasi ICQS Padang Besar dilanjutkan dua jam daripada 10 malam kepada 12 tengah malam waktu Malaysia.

Cadangan itu dibuat sebagai usaha memperkukuh jaringan ekonomi negeri serta merancakkan sektor pelancongan bersempena Tahun Melawat Perlis 2024–2025.

Dalam program sama, Tuanku Syed Faizuddin turut memperkenalkan ‘Kurma Daging Perlis’ sebagai simbol warisan kulinari negeri yang kini dipromosikan hingga ke peringkat antarabangsa menerusi kerjasama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dan Yayasan Tuanku Fauziah (YTF).

Baginda turut berkenan mengurniakan buku khas bertajuk Perlis Food Promotion yang menghimpunkan koleksi perjalanan dan usaha mempromosikan masakan warisan negeri ke pelbagai restoran dan hotel di dalam serta luar negara.

Related Posts

Lelaki 30-an maut disyaki terkena renjatan elektrik

LAHAD DATU – Seorang lelaki berumur 30-an maut dipercayai terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Kampung Puyut, di sini, tengah hari Rabu. Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPS digesa laksana penyelenggaraan kolam takungan secara berkala

MIRI – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) digesa untuk melaksanakan jadual kerja pembersihan dan penyelenggaraan kolam takungan di sekitar kawasan Desa Senadin dan Tudan secara lebih kerap dan berkala. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki 30-an maut disyaki terkena renjatan elektrik

  • By Fatin
  • September 23, 2026
Lelaki 30-an maut disyaki terkena renjatan elektrik

JPS digesa laksana penyelenggaraan kolam takungan secara berkala

JPS digesa laksana penyelenggaraan kolam takungan secara berkala

Geran interim RM1.5 bilion pemangkin pembangunan pedalaman Sarawak

Geran interim RM1.5 bilion pemangkin pembangunan pedalaman Sarawak

Belum masa Abang Jo bersara, rakyat Sarawak mahu beliau pimpin hingga 2030 – Abdullah

Belum masa Abang Jo bersara, rakyat Sarawak mahu beliau pimpin hingga 2030 – Abdullah

Belanjawan Sarawak dijangka catat lebihan, AI dan infrastruktur luar bandar jadi tumpuan

Belanjawan Sarawak dijangka catat lebihan, AI dan infrastruktur luar bandar jadi tumpuan

Lelaki ditemukan maut selepas terjatuh dari bangunan pasar

Lelaki ditemukan maut selepas terjatuh dari bangunan pasar