JSJN Sabah tumpas sindiket dadah, rampas syabu dan ganja bernilai RM1.6 juta

KOTA KINABALU – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis syabu dan ganja dalam enam operasi yang dijalankan di Semporna dan Kota Kinabalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, operasi yang dijalankan bermula dari 16 Oktober hingga 20 Oktober, berjaya merampas 48 kilogram (kg) syabu dan ganja bernilai lebih RM1.6 juta serta menahan tujuh individu.

Katanya, seorang lelaki yang sedang membawa empat kotak besar berwarna coklat menggunakan kereta sorong berwarna kelabu di tepi Jalan Kampung Air, Semporna telah ditahan oleh anggota MPV.

“Hasil pemeriksaan kotak tersebut menjumpai 45 bungkusan seberat 46.4 kg syabu yang bernilai RM1.484 juta.

“Suspek merupakan warganegara Filipina yang berusia 29 tahun dan saringan awal mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

“Suspek seorang penganggur dan ditahan reman sehingga 26 Oktober untuk siasatan lanjut,” katanya dalam sidang media di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah, pada Rabu.

Tambahnya, dalam tangkapan susulan yang dilakukan ke atas sebuah rumah atas air di Pulau Denawan, Semporna, polis berjaya menahan seorang lelaki warga Filipina yang berumur 35 tahun, namun tiada barang terlarang dijumpai.

Dalam pada itu, operasi sekitar Kota Kinabalu, JSJN telah menahan lima individu dengan merampas dadah dan ganja seberat 2.84 kg. 

Pada 16 Oktober dalam operasi pertama polis telah menahan seorang tukang masak berusia 26 tahun di Terminal Kereta Sewa Bandaran.

“Hasil pemeriksaan menemukan sembilan paket plastik lutsinar berisi ketulan mampat daun kering disyaki dadah jenis ganja dengan anggaran berat 1.06 kg bernilai RM3,500.

“Siasatan mendapati suspek positif dadah jenis THC dan mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

“Seorang lelaki berusia 30 tahun telah ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Kepayan selepas didapati memiliki dadah jenis sama seberat 3.52 gram,” katanya.

Jelasnya, tangkapan ketiga dan keempat melibatkan dua lelaki masing-masing berusia 40 dan 31 tahun dengan jumlah rampasan keseluruhan sebanyak 139.9 gram ganja.

“Dalam kes keempat pula, seorang lelaki berusia 31 tahun ditahan bersama 24.17 gram ganja,” katanya.

Sementara itu, tangkapan kelima, seorang lelaki warga Filipina berusia 33 tahun telah ditahan di hadapan sebuah hotel dan 1.01 kilogram syabu bernilai RM32,000 telah dirampas.

Bagi tangkapan keenam, satu bungkusan mengandungi 591 gram ganja telah dipintas oleh JSJN Sabah dengan kerjasama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) di gudang Pos Aviation, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Tambah Jauteh, kesemua kejayaan itu diperoleh hasil daripada risikan berterusan serta maklumat yang disalurkan oleh orang awam kepada pihak polis.

“PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam kegiatan pengedaran atau penyalahgunaan dadah kerana dadah dianggap sebagai musuh nombor satu negara.

“Orang ramai turut diseru agar terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti dadah menerusi talian hotline JSJN Sabah di 012-208 7222,” katanya.

Related Posts

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

KANGAR – Penemuan kedua tulang dipercayai rangka manusia dalam tempoh kira-kira dua minggu di Behor Mali di sini mencetuskan persoalan netizen apabila lokasi baharu itu hanya kira-kira 200 meter dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

GEORGE TOWN – Audit struktur secara sistematik dan pemeriksaan berkala terhadap bangunan warisan di negeri ini perlu dilaksanakan bagi memastikan keselamatan awam terutama membabitkan premis berusia puluhan hingga ratusan tahun.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

  • By Aden
  • August 5, 2026
Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak