Putin pertimbang hadir Sidang Kemuncak ASEAN ke-47

PRESIDEN Rusia, Vladimir Putin masih mempertimbangkan untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan berlangsung hujung minggu ini di ibu negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa setakat ini, hanya Timbalan Perdana Menteri Rusia yang telah mengesahkan kehadirannya ke sidang berkenaan.

“Beliau memberitahu saya di Beijing (sebelum ini bahawa) beliau akan mempertimbangkan dengan serius perkara (kehadiran) ini. Tetapi buat masa ini, dia menghantar Timbalan Perdana Menteri, tetapi kita akan tahu pada hari ini akhirnya, sama ada dia akan datang.

“Dia berkata dia berminat untuk datang, dan kita akan lihat. Namun, secara rasmi, hanya Timbalan Perdana Menteri yang akan datang buat masa ini,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Forum Ilmu PNB 2025 di ibu negara, hari ini.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dijadual berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober 2025 di Kuala Lumpur dengan tema Keterangkuman dan Kemampanan.

Acara berprestij itu bakal menghimpunkan pemimpin tertinggi dari 10 negara anggota ASEAN bersama rakan dialog utama seperti Amerika Syarikat, China, Jepun, Rusia dan India.

Sebagai tuan rumah dan Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia dijangka memainkan peranan penting dalam memperkukuh kerjasama serantau merangkumi aspek politik, keselamatan, ekonomi dan sosial budaya.

Persiapan rapi telah dimulakan sejak 23 Oktober lalu termasuk mesyuarat teknikal dan penyelarasan diplomatik bagi memastikan kelancaran persidangan tersebut.

Related Posts

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

KAZAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia di Kazan, Persekutuan Rusia, selama dua hari bermula esok. Wisma Putra memaklumkan, Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sultan Selangor seru umat Islam perkukuh perpaduan, elak pertikaian terbuka

Sultan Selangor seru umat Islam perkukuh perpaduan, elak pertikaian terbuka

Ketua Polis Daerah Tawau meninggal dunia

Ketua Polis Daerah Tawau meninggal dunia

Dua maut kereta bertembung lori bawa durian

Dua maut kereta bertembung lori bawa durian

Haaland sumbat 2 gol, Norway kalahkan Iraq 4-1

Haaland sumbat 2 gol, Norway kalahkan Iraq 4-1

Mbappe bantu Perancis atasi Senegal 3-1

Mbappe bantu Perancis atasi Senegal 3-1

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan