Inkues Zara: ‘Barcode’ amalan biasa dalam kalangan pelajar – Saksi kanak-kanak ke-17

KOTA KINABALU – Prosiding inkues kematian pelajar tingkatan satu, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, pada Selasa mendengar keterangan daripada saksi kanak-kanak ke-17 yang mendedahkan bahawa perbuatan ‘barcode’ sudah menjadi amalan biasa dalam kalangan pelajar.

Menurut peguam, Datuk Ram Singh, saksi berkata, pernah melihat pelajar lain turut melakukan perkara yang sama.

Katanya lagi, dalam awal tahun 2025, Zara pernah tunjuk kepada saksi bekas toreh di lengannya iaitu parut ‘barcode’ yang Zara buat sendiri. 

“Zara tidak beritahu bagaimana ataupun bila dia buat ‘barcode’ tersebut. 

“Dia tunjukkan kepada saksi semasa mereka berdua sahaja berada di dalam tandas asrama tingkat satu,” katanya dalam sidang media selepas prosiding inkues di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu di sini, pada Selasa.

Dalam pada itu, saksi hanya mengenali Zara sebagai kawan biasa bukan secara rapat. 

Saksi juga tidak pernah melihat Zara mempunyai sebarang konflik atau dibuli oleh pelajar lain di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Kinarut. 

“Saksi juga tidak pernah melihat Zara menjerit atau menangis, mahupun dimarahi atau diganggu oleh sesiapa. 

“Zara tidak pernah mengadu kepada tentang sebarang gangguan atau tekanan yang dihadapinya,” jelas peguam. 

Tambah saksi, pada malam 15 julai 2025 pukul 10 malam, Zara berada di bilik asrama mereka dan saksi melihat dia sedang duduk di atas lantai hadapan almarinya. 

“Saksi tidak perasan apa yang zara lakukan  masa itu, saksi cuma nampak Zara duduk di situ.

“Semasa saksi mahu tidur setelah ‘lights off’ sekitar pukul 11 malam, Zara ada datang jumpa saksi untuk meminjam gunting tetapi saksi tidak bagi kepadanya kerana gunting telah dipinjam oleh orang lain,” katanya.

Sementara itu, saksi pernah diberi kebenaran oleh Zara untuk melihat diarinya yang berwarna hijau gelap. 

“Seingat saksi dia ada meluah berkenaan kawannya di dalam buku diari tersebut.

“Saksi juga pernah melihat sebuah helaian di dalam diari tersebut yang penuh dengan darah kering,” ujarnya.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar