Gara-gara mabuk, dua rakan direman kes letupan mercun

KULIM – Dua individu direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes letupan mercun yang mengakibatkan 22 orang cedera ketika sambutan Deepavali di Paya Besar, Lunas, di sini.

Perintah reman ke atas suspek lelaki berusia 34 tahun dan rakan wanitanya berusia 23 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Kulim, Nur Hamizah Mat Shah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1958 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, media melaporkan polis menahan dua individu bagi membantu siasatan kejadian letupan mercun yang mengakibatkan 22 individu cedera di Jalan Paya Besar, di sini tengah malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Zulkifli Azizan berkata, kejadian berlaku apabila salah seorang suspek yang dipercayai dalam keadaan mabuk memasukkan mercun jenis kelapa ke dalam sebuah bekas silinder di tepi jalan berkenaan.

Menurutnya, letupan tersebut menyebabkan 22 orang awam cedera termasuk seorang yang parah di kepala sehingga mengalami retak tengkorak.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit