Tandukan Maguire buat Liverpool terduduk di Anfield

MANCHESTER United mencipta kejutan di Anfield apabila menewaskan Liverpool 2-1 untuk kemenangan pertama mereka di gelanggang keramat itu sejak 2016.

Pasukan pelawat bermula garang apabila Bryan Mbeumo membuka jaringan seawal minit pertama meskipun gol itu mencetuskan sedikit kontroversi.

Liverpool menyamakan kedudukan pada minit ke-78 menerusi sentuhan mudah Cody Gakpo yang menyempurnakan peluang di depan gawang untuk menghidupkan harapan tuan rumah.

Namun suasana di Anfield kembali terdiam apabila Harry Maguire menanduk masuk gol kemenangan buat United beberapa minit sebelum tamat perlawanan.

Ini kekalahan keempat berturut-turut buat skuad Arne Slot dalam semua pertandingan, sekali gus menyaksikan juara bertahan itu kini ketinggalan empat mata di belakang pendahulu, Arsenal.

Related Posts

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

MANCHESTER City menafikan laporan mengaitkan bintang mereka, Erling Haaland, dengan perpindahan ke Real Madrid dan menegaskan bahawa mustahil untuk perpindahan itu berlaku. Haaland terus menjadi antara pemain paling diburu di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hojlund rasmi sertai Napoli

JUARA Serie A, Napoli melengkapkan perpindahan tetap penyerang Denmark, Rasmus Hojlund dari Manchester United dengan nilai 50 juta euro (RM232 juta) selepas aksi cemerlangnya sepanjang tempoh pinjaman musim lalu. Kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai