KPM bakal umum langkah tambahan aspek keselamatan di sekolah

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengumumkan langkah tambahan dalam masa terdekat dalam usaha menambah baik aspek keselamatan di sekolah serta disiplin murid dan pelajar sebagaimana keputusan Jemaah Menteri.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, beberapa insiden yang berlaku baru-baru ini menuntut pihaknya bekerja dengan lebih giat bagi memperbaiki kelompongan yang wujud demi memastikan keselamatan anak-anak, para guru serta seluruh warga pendidikan.

“Bagai tiada istilah cuti kerana ketika ini kami sedang menggiatkan usaha menyusun semua mekanisme bagi memperkukuh ekosistem sekolah yang selamat.

“Saya telah mengadakan pertemuan dan taklimat bersama pasukan sokongan psikososial yang sedang melaksanakan intervensi krisis untuk membantu warga sekolah yang terjejas susulan beberapa insiden, demi mendukung sokongan kesihatan mental,” katanya, lapor Sinar Harian.

Sebelum ini, beberapa insiden jenayah dilaporkan berlaku di sekolah antaranya seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut ditikam di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya pada 14 Oktober lepas dan suspek dalam kes itu, iaitu pelajar lelaki berumur 14 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Selain itu, pelajar perempuan tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah, Melaka dirogol pelajar senior pada 2 Oktober dan seorang murid lelaki ditemukan maut selepas terjatuh ke dalam saluran kumbahan akibat terpijak penutup lubang jenis fiber di kawasan sekolah pada 27 September lalu.

Related Posts

Nilai RM100 Baucar Buku MADANI cukup bermakna buat mahasiswa

PUTRAJAYA – Pemberian Baucar Buku MADANI RM100 disifatkan bantuan tepat pada masanya ketika golongan mahasiswa ketika ini berdepan peningkatan kos sara hidup dan keperluan pembelajaran yang semakin tinggi. Mahasiwa Sarjana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KKM beri amaran premis kesihatan tidak berlesen, penguatkuasaan akan diperhebat

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) memberi amaran bahawa sebarang penyediaan perkhidmatan jagaan kesihatan hanya boleh dijalankan di premis yang berdaftar atau berlesen di bawah Akta 586. Kementerian itu menerusi kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perlindungan ancaman siber untuk kanak-kanak tanggungjawab bersama

Perlindungan ancaman siber untuk kanak-kanak tanggungjawab bersama

Nilai RM100 Baucar Buku MADANI cukup bermakna buat mahasiswa

Nilai RM100 Baucar Buku MADANI cukup bermakna buat mahasiswa

“Allah Peliharakanlah Terengganu” – hilangnya sebuah simbol, tertangguhnya sebuah kerinduan

“Allah Peliharakanlah Terengganu” – hilangnya sebuah simbol, tertangguhnya sebuah kerinduan

Marina pertahan keputusan undur diri, nafi takut bertanding kawasan Melayu

Marina pertahan keputusan undur diri, nafi takut bertanding kawasan Melayu

Karya seni tempatan dan mobiliti harian disatukan sempena sambutan Gawai

Karya seni tempatan dan mobiliti harian disatukan sempena sambutan Gawai

Bayaran khas interim Sabah naik ke RM1.5 bilion, bukti komitmen Persekutuan – Wanita Gagasan Rakyat

Bayaran khas interim Sabah naik ke RM1.5 bilion, bukti komitmen Persekutuan – Wanita Gagasan Rakyat