Manis itu gula, kalau pahit itu salah cikgu

“KALAU manis itu gula, kalau pahit, salah cikgu.” Itulah realiti baru dalam dunia pendidikan yang jelas berlaku ketidakseimbangan dalam meletakkan tanggungjawab terhadap pencapaian atau kegagalan anak.

Exco Pemuda UMNO, Mohd Rafiq Mohd berkata, ibu bapa zaman ini mudah menuding jari kepada pihak lain apabila perkara negatif terkait dengan anak mereka sebaliknya lupa bahawa mereka pun turut terlibat bersama memikul tanggungjawab dalam pembentukan kemenjadian seorang anak.

“Apabila anak berjaya, ramai ibu bapa tampil dengan bangga, kami selalu pantau anak kami, itu hasil asuhan kami di rumah. Tetapi apabila anak bermasalah gagal akademik, tidak berdisiplin, malah biadab terhadap guru tiba-tiba semua jari menuding ke arah sekolah, guru, sistem pendidikan, malah menteri.

“Kejayaan anak dituntut sebagai hasil bimbingan ibu bapa. Kegagalan anak pula dilonggokkan sebulatnya ke bahu orang lain, ini tidak betul dan satu budaya tidak sihat,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Rafiq yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lumut berkata, sekolah dijadikan tong longgokan masalah oleh ibu bapa yang lepas tangan apabila anak tidak menjadi dan melanggar disiplin di sekolah.

“Apabila anak berjaya, gambar konvo penuh media sosial dengan kapsyen Alhamdulillah, usaha kami sebagai ibu bapa membuahkan hasil. Tapi bila anak malas, biadab, atau gagal, guru tak pandai, silibus susah, sistem lemah, menteri tidur.

“Beginilah nasib sekolah yang dijadikan ‘tong longgokan masalah’ bila hasilnya tak seperti diharap. Sekolah diaudit, guru disoal siasat, kementerian diselar. Tapi rumah? Sunyi sepi dari soal jawab,” bidasnya.

Tambah Mohd Rafiq, sikap ibu bapa juga telah melahirkan anak sebagai tuan dan guru sebagai hamba sehingga tidak boleh ditegur atau dimarahi.

“Lebih ironi, bila guru mula tegas, sedikit suara tinggi atau tindakan disiplin seperti rotan cepat saja naik ke media sosial. Anak saya trauma, cikgu tak berperikemanusiaan.

“Tetapi, bila sekolah longgar disiplin, mereka juga yang melalak soal ‘generasi lembik’. Inilah realitinya yang menyebabkan guru jauh hati dengan pelajar,” katanya.

Mohd Rafiq berharap ibu bapa jangan hanya mahu kredit waktu anak berjaya sahaja, sebaliknya mereka juga perlu tampil berani berkongsi beban bila anak bermasalah termasuk rasional dan berlapang dada menggalakkan hukuman rotan dilaksanakan.

“Ia tanggungjawab bersama, rumah, masyarakat dan sistem. Sudah sampai masanya penggunaan rotan dibenarkan semula secara terkawal dan berhemah, sebagai salah satu langkah mendidik, bukan mendera.

“Bukan semua anak boleh ditegur dengan kata-kata manis. Ada yang perlu sentuhan tegas supaya kembali sedar batas dan adab. Seperti kata pepatah sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan.

“Bukan bermakna kita ganas, tapi bermaksud ketegasan adalah sebahagian daripada kasih sayang yang mendidik. Kerana kalau rebung tak dibentuk, jangan salahkan buluh yang melintang,” katanya

Related Posts

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

SHAH ALAM – Tiada parti politik yang meletakkan agenda menggulingkan Raja sebagai sebahagian daripada manifesto ketika meminta mandat rakyat pada pilihan raya negeri (PRN). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan laporan awal berkaitan pengurusan dan tatakelola Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan didedahkan kepada umum minggu depan. Anwar berkata, pendedahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

105 penduduk pindah ke PPS akibat banjir kilat

105 penduduk pindah ke PPS akibat banjir kilat

Hak Terengganu bukan tiket untuk Pas kuasai Putrajaya

Hak Terengganu bukan tiket untuk Pas kuasai Putrajaya

Keselamatan pelancong tidak boleh dikompromi – Jafry

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Keselamatan pelancong tidak boleh dikompromi – Jafry

Politeknik bakal perluas tawaran ijazah, lima lagi institusi dikenal pasti

Politeknik bakal perluas tawaran ijazah, lima lagi institusi dikenal pasti

Purata gaji rakyat Malaysia naik 4.1 peratus kepada RM3,803 pada 2025 – DOSM

Purata gaji rakyat Malaysia naik 4.1 peratus kepada RM3,803 pada 2025 – DOSM

Jalan akses RM170 juta bakal hubungkan Limpaku Pinang menjelang 2029

Jalan akses RM170 juta bakal hubungkan Limpaku Pinang menjelang 2029