Belanjawan 2026 reformasi kerajaan ringankan kos sara hidup rakyat

PUTRAJAYA – Belanjawan 2026 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempamerkan peruntukan matang dan seimbang yang mampu merangsang pertumbuhan ekonomi tanpa mengabaikan disiplin fiskal negara.

Pakar Ekonomi Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berpandangan, belanjawan kali ini disediakan lebih terperinci dengan mengambil kira kepentingan golongan minoriti yang amat memerlukan perhatian.

Menurut beliau, komitmen itu turut dibuktikan menerusi inisiatif penjimatan daripada penyasaran subsidi dipulangkan kepada rakyat melalui pelbagai program bantuan langsung dan insentif sambil mengekalkan disiplin fiskal ketat untuk kestabilan ekonomi jangka panjang.

“Pembentangan kali ini menyaksikan skop pengembangan jumlah dana, kerajaan berani naikkan jumlah peruntukan selain sasar tiga strategi penting iaitu meningkatkan siling pertumbuhan ekonomi lebih deras, meningkatkan lantai dalam memperkasa kesejahteraan isi rumah serta menstruktur ekonomi dalam mendepani daya tahan iklim ekonomi dunia.

“Kita wajar memuji Belanjawan kali ini berikutan ia memberi fokus dalam aspek kelestarian alam seperti tumpuan terhadap pembangunan ekonomi hijau, kelestarian pembangunan berdasarkan tenaga bersih serta fokus penyediaan akses tenaga dan air bersih kepada rakyat bernilai RM5.19 bilion. Tindakan ini membuktikan cara kerajaan menangani semua elemen suara rakyat dengan sebaiknya,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Ahad.

Dalam pada itu, Barjoyai berkata, jumlah pemberian STR dan SARA yang ditingkatkan menerusi Belanjawan 2026 bakal memberi lebih kelegaan kepada isi rumah.

“Bantuan tunai secara terus disifatkan memiliki kepentingan setaraf dengan inisiatif peningkatan kemahiran dan pengwujudan peluang pekerjaan bernilai tinggi, memandangkan ia akan membantu rakyat yang memerlukannya pada masa sekarang.

“Untuk memperkasa kesejahteraan hidup rakyat satu-satunya cara ialah menaikkan pendapatan mereka antaranya menerusi bantuan seperti STR dan SARA, kerana untuk mengurangkan kos sara hidup adalah amat sukar,” katanya.

Mengulas lanjut, Barjoyai berkata, kejayaan bantuan tunai oleh Kerajaan MADANI jelas terlihat daripada sambutan masyarakat terhadap Bantuan Penghargaan SARA sebanyak RM100 baru-baru ini, yang mana lebih 70 peratus penerima telah memanfaatkan inisiatif berkenaan.

“Hal ini memperlihatkan ­kumpulan berpendapatan tinggi dan menengah atas turut menghargai bantuan diberikan dan meskipun mereka tidaklah memerlukannya secara serius, ramai yang memanfaatkannya untuk diberikan kepada orang lain yang lebih memerlukan.

“Situasi ini juga dapat dimanfaatkan kerajaan untuk melihat pola penggunaan isi rumah, yang mana maklumat ini dapat digunakan untuk merancang bantuan atau subsidi pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, Barjoyai memaklumkan, kerajaan turut menunjukkan keupayaan mengurus ekonomi secara berhemah apabila berjaya mengurangkan perbelanjaan kepada RM319 bilion berbanding RM423 bilion tahun sebelumnya selain  mengekalkan sasaran defisit fiskal pada kadar 3.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)

“Walaupun jumlah belanjawan berkurangan, kerajaan secara kreatif mendelegasikan pelaburan strategik melebihi RM50 bilion kepada GLC dan GLIC bagi menjana keuntungan jangka panjang serta memberi kesan pengganda kepada ekonomi,” katanya.

Related Posts

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi ini. Seri Paduka Baginda dan Perdana Menteri turut santap bersarapan bersama sempena cuti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat agar terus menyemarakkan nilai cinta, ihsan dan kasih sayang serta menolak sebarang hasutan kebencian yang cuba mencetuskan permusuhan antara kaum…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri