HSN 2025 Sibu semarakkan semangat perpaduan dan gaya hidup sihat

SIBU – Program Hari Sukan Negara (HSN) 2025 peringkat Bahagian Sibu berlangsung meriah di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu dengan penyertaan masyarakat dari pelbagai lapisan dalam suasana penuh semangat kesukanan dan perpaduan.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan, Michael Tiang Ming Tee.

Beliau menegaskan bahawa Hari Sukan Negara bukan sekadar acara tahunan sebaliknya wadah penyatuan masyarakat pelbagai kaum di samping memupuk amalan gaya hidup sihat.

“Sukan adalah jambatan perpaduan. Ia bukan hanya menguji kecergasan, tetapi turut mengeratkan hubungan antara masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang,” katanya.

Beliau turut menekankan kepentingan menjadikan aktiviti fizikal sebagai budaya harian dalam kalangan rakyat.

“Kita harus menjadikan gaya hidup sihat sebagai sebahagian daripada rutin kehidupan. Kesihatan yang baik bermula dengan langkah kecil seperti berjalan, berlari atau bersenam secara konsisten. Masyarakat yang sihat akan melahirkan negara yang kuat dan produktif,” ujarnya lagi.

Michael turut menzahirkan penghargaan kepada IPD Sibu dan semua pihak yang menjayakan penganjuran tersebut sambil menekankan pentingnya program kesihatan awam diteruskan di semua peringkat bagi memastikan kesejahteraan rakyat.

Pelbagai aktiviti seperti Family Brisk Walk, Larian Hari Sukan Negara, Kayuhan MADANI, aktiviti kecergasan senamrobik, sukan tarik tali, memanah tradisional dan recurve, sukaneka perpaduan, pertandingan 3-on-3 Basketball, Street Soccer Challenge, pertandingan menyumpit, mewarna, badminton dan pelbagai acara lain yang menarik minat masyarakat setempat.

Program Hari Sukan Negara menjadi antara inisiatif kerajaan untuk membudayakan aktiviti kecergasan dalam kalangan rakyat serta memperkukuh semangat perpaduan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menitikberatkan kesejahteraan dan keharmonian sosial.

Turut hadir Wakil Residen Bahagian Sibu, Macgyver Boi; Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu, Nur Fatheen Khairuzan Seleman; Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili, pegawai-pegawai kerajaan serta wakil komuniti tempatan.

Related Posts

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

RAUB – Pahang mempunyai kekuatan untuk muncul sebagai peneraju sektor pertanian negara apabila menjadi penyumbang kedua terbesar sektor berkenaan pada 2024 dengan nilai pengeluaran melebihi RM25 bilion. Menteri Besar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

MUKAH – Keunikan seni budaya bertindak sebagai ejen penyatuan apabila lebih 500 pengunjung pelbagai latar belakang membanjiri Dewan Suarah Mukah bagi menjayakan Pesta Tarian Naga dan Tarian Singa 2026. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Calon BN didakwa terlibat isu deklarasi saham RM12 juta

Calon BN didakwa terlibat isu deklarasi saham RM12 juta

Ceramah ‘perkauman’ Sanusi: MP DAP desak MCA nyatakan pendirian

Ceramah ‘perkauman’ Sanusi: MP DAP desak MCA nyatakan pendirian

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

Penduduk Linggi iktiraf sentuhan Aminuddin ubah wajah Negeri Sembilan

Penduduk Linggi iktiraf sentuhan Aminuddin ubah wajah Negeri Sembilan

Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

JKOM Sarawak santuni komuniti Tatau menerusi Program Hasrat MADANI

JKOM Sarawak santuni komuniti Tatau menerusi Program Hasrat MADANI