40 peratus hak negeri: UMNO Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Tinggi

KOTA KINABALU – UMNO Sabah menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi yang menyatakan dengan jelas sudah tiba masanya hak negeri itu terhadap 40 peratus hasil bersih Persekutuan dilaksanakan seperti termaktub dalam Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, keputusan itu merupakan kemenangan besar kepada rakyat Sabah selepas hak tersebut dinafikan sejak tahun 1974.

“UMNO Sabah mendesak Pejabat Peguam Negara agar tidak meneruskan rayuan terhadap keputusan ini.

“Rayuan seperti itu hanya akan menambah luka lama dan menjejaskan semangat kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Sabtu.

Bung berkata, sudah tiba masanya Kerajaan Persekutuan menghormati keputusan mahkamah dan menunaikan tanggungjawab terhadap Sabah seperti yang dijanjikan dalam Perlembagaan.

“Sekiranya Peguam Negara tetap meneruskan rayuan, UMNO Sabah tidak akan berdiam diri. Kami akan mendesak Ahli Parlimen UMNO untuk membawa usul bantahan kepada Perdana Menteri supaya keputusan ini dilaksanakan segera tanpa sebarang alasan,” katanya.

Bung Moktar turut menggesa agar penaksir bebas dilantik segera untuk menilai jumlah sebenar hasil tertunggak sejak 1974 supaya pengiraan dan pembayaran dibuat secara adil, telus serta selaras dengan semangat asal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Sabah Law Society (SLS) atas keberanian dan ketekunan mereka membawa kes itu ke mahkamah walaupun berdepan tekanan politik.

“Tindakan SLS membuktikan bahawa perjuangan menegakkan hak Sabah tidak boleh dikompromi,” katanya.

Menurut Bung, UMNO Sabah turut kecewa dengan tindakan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) melalui Pejabat Peguam Besar Negeri (SAG) yang campur tangan dalam kes tersebut di Mahkamah Rayuan dengan berhujah bahawa hak 40 peratus itu hanyalah ‘aspirasi’ rakyat dan bukan kewajipan Perlembagaan yang mengikat.

“Hujah itu bercanggah dengan semangat MA63 dan telah menimbulkan kemarahan rakyat Sabah.

“Walaupun akhirnya ditarik balik susulan tekanan awam, insiden itu membuktikan betapa rapuhnya usaha mempertahankan hak Perlembagaan negeri ini,” ujarnya.

Beliau menjelaskan bahawa rakyat Sabah telah lama bersabar dan kini tiba masanya semua pihak bersatu menuntut hak negeri seperti yang dijanjikan.

“Sabah tidak meminta lebih, kita hanya menuntut apa yang telah dijanjikan. Hak ini bukan hadiah tetapi janji Perlembagaan yang mesti ditunaikan,” katanya.

Related Posts

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

KUALA LUMPUR – Sebanyak 12 daripada keseluruhan 16 perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dimuktamadkan setakat ini diselesaikan di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) sangat terbuka untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

  • By Ezmie
  • October 5, 2026
12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

  • By Aden
  • October 5, 2026
Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara