Peluang luas menanti usahawan teroka pasaran baharu – Raja Muda Perlis

SIMPANG EMPAT – Usahawan di Perlis diseru berani meneroka pasaran baharu agar terus berdaya saing seiring perubahan ekonomi global yang dinamik.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, usahawan perlu memanfaatkan peluang dan sokongan disediakan agensi kerajaan termasuk Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

“Peluang dan perkhidmatan untuk usahawan perlu diperluas bagi merancakkan ekonomi rakyat melalui pelbagai inisiatif yang telah dirancang.

“Usahawan juga wajar menjaga nama baik negeri dan menjadi duta kecil Perlis dalam memperkenalkan produk di dalam serta luar negara,” titah baginda ketika berkenan melawat Pasar Tani Kekal Simpang Empat di sini hari ini.

Menurut baginda, usahawan perlu menuntut ilmu, memperkukuh jaringan perniagaan dan mengekalkan hubungan dengan Allah SWT sebagai sumber keberkatan rezeki.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA, Shahrizan Sudiman berkata, Karnival Jualan Agro MADANI empat hari sejak semalam menyasarkan jualan RM437,000.

“Sebanyak 60 usahawan pelbagai komoditi terlibat bagi membantu rakyat mendapatkan barangan harian antara 10 hingga 30 peratus lebih murah,” katanya.

Jelasnya lagi, antara produk ditawarkan ialah daging, ayam, telur, sayur-sayuran serta 1,800 set Kombo MADANI bernilai RM10 yang menjadi tarikan utama pengunjung.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Radzi Rahim yang meninggal dunia dalam kejadian pokok tumbang di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang