9 jenis barangan diwartakan di bawah SHMMP Deepavali 2025

KOTA KINABALU – Sebanyak sembilan jenis barangan diwartakan bagi pelaksanaan sempena pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2025 berkuat kuasa bermula hari ini sehingga 22 Oktober ini. 

Menurut Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sabah, Shahril Nizam Shahidin, tempoh pelaksanaan adalah selama tujuh hari iaitu selama empat hari sebelum hari perayaan, sehari pada hari perayaan dan dua hari selepas hari perayaan. 

“Antara barang yang diwartakan seperti ​daging kambing biri biri bertulang import (mutton); ​tomato; ​cili merah; ​kelapa biji (harga maksimum di peringkat borong sahaja).

“Selain itu, ​kelapa parut (harga maksimum diperingkat runcit sahaja; ​bawang merah kecil India; ​bawang merah kecil India (Ros); ​bawang merah besar import dan ​kacang dal (Australia),” katanya dalam satu kenyataan media, pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau berkata, SHMMP Deepavali 2025 dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 dan membolehkan penentuan harga dibuat ke atas peringkat  pemborong dan peruncit. 

Tambah Shahril, skim ini merupakan langkah kerajaan untuk menstabilkan harga barangan sepanjang musim perayaan serta memastikan bekalan mencukupi di pasaran.

“Pelaksanaan skim ini juga sebahagian daripada usaha prihatin kerajaan untuk menstabilkan harga ketika permintaan dijangka meningkat, bagi membolehkan rakyat Malaysia berbilang kaum, agama dan budaya menikmati suasana perayaan dengan ceria dan harmoni,” katanya.

Katanya, sebagai langkah penguatkuasaan, 204 pegawai penguat kuasa dan 72 pegawai pemantau harga telah digerakkan di seluruh Sabah bagi memantau pematuhan dan memastikan bekalan barangan keperluan sentiasa mencukupi di pasar awam, pasar tani dan pusat beli-belah.

“Sejak 1 Januari hingga 12 Oktober 2025, KPDN Sabah telah menjalankan pemeriksaan ke atas 118,247 premis, menghasilkan 1,438 kes dengan nilai kompaun RM531,550.00 dan nilai sitaan RM29,266,892.13,” ujarnya.

Shahril turut menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana peniaga yang gagal mematuhi peraturan di bawah skim ini melalui AKHAP 2011 dan boleh dikenakan penalti.

Terdahulu, pelaksanaan skim ini turut disertai program walkabout di Pasaraya CKS Supermarket, Manggatal Plaza, Jalan Tuaran, Kota Kinabalu, yang diketuai oleh Ketua Sektor Operasi, Pulnama Tarah bersama sepasukan pegawai KPDN Sabah.

Oleh itu, orang ramai boleh membuat semakan harga melalui laman sesawang rasmi KPDN di https://www.kpdn.gov.my.

Related Posts

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

SEMPORNA – Rangkaian Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di seluruh negara kini mencecah 14,068 premis setakat 7 Ogos lalu, berbanding kira-kira 700 premis ketika program itu diperkenalkan pada 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP