PRN17 Sabah: Tarikh undi pada 29 Nov, penamaan calon 15 Nov

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 29 November ini sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata hari penamaan calon ditetapkan pada 15 November, manakala hari mengundi awal pada 25 November.

“SPR telah menerima permakluman rasmi berhubung pengisytiharan pembubaran Dewan Undangan Sabah ke-16 pada 6 Oktober.

“Sebab itu, SPR telah mengadakan mesyuarat khas pada hari ini dan memutuskan satu Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17 hendaklah diadakan bagi mengisi kekosongan 73 kerusi Dewan Undangan tersebut,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Khas bagi PRU Dewan Undangan Sabah Ke-17 di Kompleks Persekutan Pentadbiran Sabah di sini pada Khamis.

Tambahnya, bagi menjalankan proses PRU DUN ke-17 ini, SPR telah melantik 25 orang Pegawai Pengurus Pilihan Raya dibantu oleh 196 orang Penolong Pegawai Pengurus.

“Manakala bagi tujuan memantau semua aktiviti kampen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkampen, SPR akan menubuhkan 86 pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya yang dianggotai oleh wakil-wakil daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan wakil-wakil calon yang bertanding.

“Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRU DUN ke-17 ini adalah daftar pemilih tambahan bulan Ogos 2025 yang dikemas kini sehingga 5 Oktober 2025.

“Daftar pemilih tersebut mengandungi 1,784,843 orang pemilih,” jelasnya.

Ramlan berkata, tempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 15 November sehingga pukul 11.59 malam, 28 November.

Tarikh-tarikh penting itu diputuskan selepas mesyuarat khas SPR diadakan bermula pukul 10 pagi tadi bagi membincangkan pelaksanaan PRN Sabah susulan pembubaran DUN baru-baru ini.

Seramai 33,002 orang petugas akan dilantik bagi mengendalikan proses PRU Dewan Undangan Sabah Ke-17.

Manakala, sebanyak 882 buah pusat mengundi biasa yang mengandungi 3,558 tempat mengundi/saluran dan 58 pusat mengundi awal bagi pengundian yang mengandungi 87 tempat mengundi/saluran awal akan digunakan.

Keseluruhan jumlah pusat mengundi adalah sebanyak 940 buah Pusat Mengundi dengan 3,645 tempat mengundi/saluran.

PRU Dewan Undangan Sabah ke-17 dianggarkan memerlukan peruntukan sebanyak RM116.8 juta.

Sabah mempunyai 73 kerusi Dewan Undangan Negeri dan pilihan raya kali ini dijangka menyaksikan saingan sengit antara parti-parti.

Pilihan Raya DUN Sabah akan menjadi pilihan raya negeri pertama selepas pembubaran DUN yang diumumkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, pada 6 Oktober lalu bagi mendapatkan mandat baharu daripada rakyat.

Kali terakhir pilihan raya Sabah diadakan ialah pada 26 September 2020.

Related Posts

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

KENYATAAN Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Muktamar Pas baru-baru ini bahawa menyokong atau menyertai Pas boleh membawa seseorang ke syurga sememangnya mengundang perhatian. Bagi penulis, kenyataan sebegini bukanlah sesuatu yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mekanisme ASEAN perlu ditambah baik tangani jerebu rentas sempadan – Anwar

PUTRAJAYA– Mekanisme ASEAN dalam menangani pencemaran jerebu rentas sempadan perlu diperkasa secara holisik bagi memastikan isu pembakaran hutan dan aktiviti perladangan yang memberi kesan kepada negara jiran tidak terus berulang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

  • By Fandi
  • September 8, 2026
Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

  • By Fatin
  • September 8, 2026
Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka