LDP kemuka rancangan naik taraf Pasar Kim Fung, atasi masalah pengudaraan

SANDAKAN – Naib Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) merangkap Ahli Majlis Perbandaran Sandakan, Chong Thien Ming, mengumumkan rancangan menyeluruh bagi menaik taraf Pasar Kim Fung susulan aduan orang ramai mengenai masalah pengudaraan dan keadaan panas di pasar itu, khususnya pada waktu tengah hari dan petang.

Chong berkata, pasar yang telah beroperasi lebih 40 tahun itu memerlukan kerja naik taraf segera bagi memastikan keselesaan dan keselamatan peniaga serta pengunjung.

“Selama bertahun-tahun, orang ramai terpaksa berdepan keadaan panas melampau ketika menikmati makanan di pasar ini.

“Sudah tiba masanya tindakan konkrit diambil untuk mengatasi masalah tersebut,” katanya dalam kenyataan media, pada Khamis.

Chong berkata, cadangan itu akan disediakan secara terperinci untuk dikemukakan kepada Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) sebelum memohon peruntukan daripada kerajaan bagi melaksanakan projek berkenaan.

Menurutnya, cadangan tersebut disusun berdasarkan kajian tapak dan maklum balas pengguna pasar, termasuk pemasangan kipas ekzos berkuasa tinggi, menanggal bidai aluminium di sekeliling pasar, membaiki struktur bumbung serta penyusunan semula gerai peniaga bagi memperbaiki aliran udara dan susun atur.

Chong turut memaklumkan bahawa sejak Mei lalu, beliau telah meninjau beberapa pasar di sekitar Sandakan bagi mengenal pasti keperluan pembaikan antaranya melibatkan sistem perparitan, perangkap minyak, penyelenggaraan tandas awam serta penambahbaikan sistem elektrik.

Beliau berkata, sebahagian kerja pembaikan hasil cadangan terdahulu kini sedang dilaksanakan secara berperingkat.

“Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) komited mendengar dan mengambil tindakan terhadap keperluan rakyat.

“Penambahbaikan sedang dijalankan secara berfasa bagi memastikan penyelesaian jangka panjang,” ujarnya.

Chong menambah bahawa di bawah pentadbiran GRS, rakyat Sandakan akan terus menikmati kemudahan awam yang lebih baik serta infrastruktur yang dinaik taraf dari semasa ke semasa.

“Kita adalah kerajaan yang bekerja untuk rakyat.

“Rekod tiga tahun kebelakangan ini jelas menunjukkan komitmen dan usaha berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat Sandakan,” jelasnya.

Related Posts

Bantuan Kerajaan Persekutuan bukti komitmen PH bela kebajikan rakyat Johor – Aminolhuda

BATU PAHAT – Pelbagai bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada rakyat membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan. Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penolakan tawaran SUA MB Perlis buka ruang pelbagai tafsiran hubungan Pas-Bersatu

KEPUTUSAN Ketua Dewan Muslimat Pas Perlis, Husna Hashim menolak pelantikan sebagai Setiausaha Akhbar (SUA) Menteri Besar dilihat membuka ruang kepada pelbagai tafsiran politik mengenai tahap sebenar hubungan Pas dan Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar

Bantuan Kerajaan Persekutuan bukti komitmen PH bela kebajikan rakyat Johor – Aminolhuda

Bantuan Kerajaan Persekutuan bukti komitmen PH bela kebajikan rakyat Johor – Aminolhuda

Penolakan tawaran SUA MB Perlis buka ruang pelbagai tafsiran hubungan Pas-Bersatu

Penolakan tawaran SUA MB Perlis buka ruang pelbagai tafsiran hubungan Pas-Bersatu

RM90 juta untuk PRN Johor lebih baik disalur kepada rakyat – Dr Zaliha

RM90 juta untuk PRN Johor lebih baik disalur kepada rakyat – Dr Zaliha