Cuti Kaamatan dan Wesak bertindih, pekerja Sabah layak cuti ganti

KOTA KINABALU – Majikan di Sabah yang menetapkan hari Ahad sebagai hari rehat pekerja perlu memberikan cuti kepada pekerja pada 1, 2 dan 3 Jun ini susulan pertindihan tarikh sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Wesak.

Menurut Jabatan Tenaga Kerja Sabah, Jadual Pertama Ordinan Kelepasan (Sabah Bab 56) menetapkan Pesta Kaamatan dan Hari Wesak sebagai Hari Kelepasan Negeri Sabah bagi tahun 2026 namun berlaku pertindihan tarikh apabila Pesta Kaamatan jatuh pada 30 dan 31 Mei (Sabtu dan Ahad), manakala Hari Wesak pula disambut pada 31 Mei (Ahad) ini.

“Sehubungan itu, bagi majikan yang menetapkan hari Ahad sebagai hari rehat bagi pekerjanya dan memilih Pesta Kaamatan dan Hari Wesak sebagai hari kelepasan berbayar hendaklah memberikan 1 Jun 2026 (Isnin) sebagai hari kelepasan berbayar (Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong) dan tidak boleh diganti.

“2 Jun 2026 (Selasa) sebagai hari kelepasan berbayar bagi menggantikan Pesta Kaamatan yang jatuh pada hari rehat (31hb Mei 2026).

“Dan 3 Jun 2026 (Rabu) sebagai hari kelepasan berbayar bagi menggantikan Hari Wesak yang jatuh pada hari rehat (31 Mei 2026),” katanya dalam kenyataan media, pada Khamis.

Walau bagaimanapun, tambah kenyataan tersebut, ia adalah di atas persetujuan pekerja, untuk mengganti hari kelepasan berbayar itu dengan hari yang lain merujuk kepada perenggan (ii) dan (iii) sebagaimana proviso subseksyen 103(2) Ordinan Buruh Sabah (Sabah Bab 67).

“Mana-mana pekerja yang bergaji tidak melebihi RM4,000.00 sebulan dan pekerja yang dinyatakan dalam perenggan 2 Jadual Pertama Ordinan yang diarahkan oleh majikan untuk bekerja pada hari kelepasan di atas adalah layak menerima kadar bayaran gaji bekerja pada hari kelepasan berbayar sebagaimana yang ditetapkan dalam subseksyen 103 (6), (7), (8) dan (9) Ordinan yang sama,” jelasnya.

Tambah kenyataan tersebut, mana-mana majikan atau pekerja yang memerlukan panduan dan penjelasan lanjut mengenai ketetapan Hari Kelepasan, kadar gaji atau sebarang perkara berkaitan Ordinan Buruh, bolehlah menghubungi Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah melalui saluran rasmi JTK Sabah di talian 088-237 258 atau emel ke jtknsabah@mohr.gov.my atau hadir ke Pejabat Tenaga Kerja yang berhampiran.

Related Posts

Projek bina semula bangunan daif siap 310 hari lebih awal

JERANTUT – Projek pembinaan semula bangunan daif di Sekolah Kebangsaan (SK) FELDA Kota Gelanggi 1, di sini, berjaya disiapkan 310 hari lebih awal daripada jadual asal. Ia sekali gus membolehkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hantar sampel darah guna dron lebih jimat masa

BERA – Penggunaan dron berpotensi meningkatkan kecekapan perkhidmatan perubatan di negara ini susulan hasil kajian mendapati teknologi itu mampu menjimatkan masa. Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Ir…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Fadhlina arah siasatan dalaman segera, isu buli dan perkauman dipandang serius

Fadhlina arah siasatan dalaman segera, isu buli dan perkauman dipandang serius

Projek bina semula bangunan daif siap 310 hari lebih awal

Projek bina semula bangunan daif siap 310 hari lebih awal

Hantar sampel darah guna dron lebih jimat masa

Hantar sampel darah guna dron lebih jimat masa

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus