Isu saluran keluar kolam takungan air perlu tindakan segera

KUANTAN – Kolam takungan air dalam Kawasan Rukun Tetangga (KRT) 3A dekat Kampung Padang Jaya, di sini, yang hanya mempunyai ‘satu saluran keluar’ berisiko mengakibatkan banjir kilat.

Perkara itu dibangkitkan wakil KRT berkenaan ketika program Ziarah Kasih oleh Pembantu Penyelaras DUN Pulau Manis, Dr Boi Saidi Abd Razak.

“Selain isu ‘outlet’ ke parit utama, permukaan kolam itu juga dipenuhi rumpai air yang mengganggu aliran air keluar.

“Saya dimaklumkan oleh wakil penduduk bahawa perkara itu sudah dilaporkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), jadi kita akan berhubung dengan PBT berkaitan untuk memohon tindakan segera diambil,” katanya.

Dr Boi Saidi bersama petugas daripada Biro Kesihatan UMNO Bahagian Pekan kemudiannya meluangkan masa melawat kediaman seorang penduduk yang diserang angin ahmar atau strok.

“Pesakit itu hanya boleh menerima makanan melalui tiub khas sejak menderita strok,” jelasnya yang juga Pengerusi biro berkenaan.

Beliau dan rombongan menyerahkan sumbangan daripada Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff kepada keluarga itu.

“Kita harap sedikit sumbangan ini dapat membantu meringankan keluarga pesakit.

“Semoga keluarga ini diberi kesabaran dan pesakit diberi kesembuhan seperti sedia kala,” tambahnya.

Related Posts

Majlis kesyukuran rentas agama serlah keunikan sambutan Hari Malaysia 2026

KUCHING – Sambutan Hari Malaysia 2026 peringkat kebangsaan di Sarawak melakar kelainan tersendiri pada tahun ini apabila julung kalinya menyelitkan pengisian majlis kesyukuran rentas agama.   Timbalan Menteri di Jabatan Premier…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pameran Hari Malaysia 2026 papar lima segmen utama sejarah pembentukan negara

KUCHING – Pameran Hari Malaysia 2026 yang berlangsung di Atrium Utama, Plaza Merdeka bermula Khamis tampil membawa pengunjung menelusuri sejarah pembentukan negara menerusi konsep Koridor Zaman Pembentukan Malaysia.   Pameran yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Majlis kesyukuran rentas agama serlah keunikan sambutan Hari Malaysia 2026

Majlis kesyukuran rentas agama serlah keunikan sambutan Hari Malaysia 2026

Pameran Hari Malaysia 2026 papar lima segmen utama sejarah pembentukan negara

Pameran Hari Malaysia 2026 papar lima segmen utama sejarah pembentukan negara

Pameran Hari Malaysia 2026 platform penting tangkis manipulasi fakta sejarah

Pameran Hari Malaysia 2026 platform penting tangkis manipulasi fakta sejarah

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara