SAGA lonjak bakat baharu, cipta generasi atlet pelapis

TAWAU – Temasya Sukan Sabah (SAGA) ke-11 2025 menjadi antara usaha berterusan Kerajaan Negeri agar Sabah tidak ketandusan bakat baharu di samping menjadi platform mencungkil atlet pelapis untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Sabah telah membuktikan kemampuan melahirkan atlet berkualiti dengan kejayaan beberapa bintang sukan negeri di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Oleh itu katanya, Kementerian Belia dan Sukan Negeri perlu terus mencungkil lebih ramai bakat muda melalui pelbagai program atau pertandingan di seluruh negeri.

“Antara atlet berkenaan ialah Farrel Glen Felix Jerus (lompat tinggi), Merrywati Manuil (silat), Evan Rich Chong (memanah) dan Jonathan John (tinju).

“Mereka adalah bukti bahawa anak-anak Sabah mampu menjadi kebanggaan negeri
dan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Temasya SAGA ke-11 di Stadium Tawau pada Sabtu.

Teks ucapannya dibacakan Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Alfred Angin.

Menurut Hajiji, Kerajaan Negeri komited memajukan bidang sukan negeri ini dan dibuktikan dengan pembinaan serta menyediakan banyak prasarana sukan menerusi KBSS.  

“Selain itu komitmen kerajaan juga dizahirkan menerusi pemberian insentif kepada atlet yang berjaya mengharumkan nama Sabah dan Malaysia.

“Setiap peluh yang tumpah di gelanggang adalah batu asas untuk kejayaan Sabah pada
masa hadapan. Binalah nama baik daerah dan negeri kita.

“SAGA bukan sekadar medan memburu kemenangan, tetapi juga platform menampilkan semangat juang dan keperibadian tinggi,” katanya.

Untuk rekod, temasya ini bermula Jumaat sehingga 17 Oktober hadapan yang menampilkan lebih 7,000 atlet daripada 30 kontinjen daerah termasuk dua daerah baharu iaitu Sook dan Paitan yang merebut gelaran juara keseluruhan menerusi 23 acara sukan.

Related Posts

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

ALOR SETAR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan ejen hartanah yang dituduh cuba membunuh ibu tunggal dengan menikam leher mangsa dihantar ke Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

JERANTUT – Polis membuka kertas siasatan berhubung hantaran di media sosial Facebook yang mengandungi komen berbaur provokasi kaum dan penghinaan terhadap agama Islam serta orang Melayu. Pemangku Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama