Mahathir sertai PKR, yakin kepimpinan PMX terajui kerajaan

BEKAS Setiausaha Perikatan Nasional (PN) Wilayah Persekutuan, Dr Mahathir Mohd Rais, mengesahkan beliau kini menyertai PKR selepas menilai kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang disifatkannya berwibawa dan berprinsip reformasi.

Menurut Mahathir, keputusan itu dibuat berasaskan keyakinan terhadap hala tuju Kerajaan Perpaduan yang menekankan nilai keadilan sosial, integriti tadbir urus dan reformasi institusi.

“Saya percaya penting untuk memastikan maklumat yang tepat disampaikan kepada rakyat supaya mereka memahami dasar kerajaan dengan jelas dan berasaskan fakta,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Sabtu.

Beliau berkata, penyertaannya dalam PKR adalah manifestasi sokongan terhadap dasar-dasar pembangunan negara yang berpaksikan kepentingan rakyat.

“Saya bersedia membantu kerajaan memperkukuh dasar dan agenda pembangunan supaya pelaksanaannya lebih berkesan,” ujarnya.

Mahathir turut memaklumkan bahawa beliau telah bertemu Setiausaha Agung PKR, Datuk Fuziah Salleh, serta Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin, bagi menyerahkan borang keahlian parti berkenaan.

“Alhamdulillah, kemasukan saya ke dalam PKR telah diterima dan kini saya secara rasmi menjadi ahli Cabang PKR Batu,” katanya.

Beliau menegaskan, Malaysia sebagai negara berbilang kaum dan agama perlu mengekalkan keseimbangan yang adil dalam memastikan Islam sebagai agama Persekutuan terus dipertahankan tanpa menjejaskan hak penganut agama lain.

Tambahnya lagi, perjuangan politik bukan semata-mata soal kuasa, sebaliknya merupakan tanggungjawab membina semula keyakinan rakyat terhadap institusi negara berasaskan nilai kejujuran, amanah dan keadilan.

Terdahulu, keputusan Mahathir untuk menyertai PKR mencetuskan kejutan selepas beliau pada Januari lalu mengumumkan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta meletakkan semua jawatan termasuk sebagai Setiausaha PN Wilayah Persekutuan.

Dalam surat yang dikemukakan kepada Ketua Badan Pimpinan Bersatu Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Radzi Md Jidin, beliau memaklumkan peletakan jawatan itu berkuat kuasa serta-merta tanpa menyatakan sebab terperinci keputusan tersebut.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan