Belanjawan 2026 bukti keprihatinan Kerajaan MADANI bela golongan rentan – Nancy Shukri

KUCHING – Belanjawan 2026 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai bukti keprihatinan Kerajaan MADANI dalam memperkukuh perlindungan sosial dan membela golongan rentan di seluruh negara.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, peruntukan kepada kementeriannya meningkat kepada RM4.1 bilion berbanding RM3.9 bilion tahun lalu, dengan sebahagian besar disalurkan kepada bantuan kebajikan dan pembangunan sosial.

“Secara keseluruhan, Belanjawan 2026 amat baik dan menampakkan keberanian kerajaan dalam memperkukuh jaringan sosial. Antara yang paling saya hargai ialah pelaksanaan projek perintis bantuan guaman untuk ibu tunggal miskin, khususnya mereka yang diceraikan tanpa nafkah anak.

“Kerajaan memperuntukkan bantuan kepada 5,000 ibu tunggal bagi membantu mereka membawa kes ke mahkamah agar hak nafkah anak dapat ditegakkan,” katanya ketika ditemui oleh media selepas merasmikan Program Karnival Sejahtera MADANI dan Jelajah Jom Sihat Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) 2025 Bahagian Kuching Siri 6/2025 di Santubong pada Sabtu.

Nancy menjelaskan, projek itu telah dimulakan di Sarawak sebagai negeri perintis sebelum diperluas ke seluruh negara, membabitkan kerjasama dengan peguam bertauliah bagi mewakili ibu tunggal di mahkamah.

Beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan memperkenalkan pelbagai inisiatif baharu bagi memperkukuh sokongan terhadap golongan wanita, warga emas dan OKU.

Antaranya, penyediaan 100 van khas untuk OKU bagi memudahkan urusan pergerakan mereka, serta peruntukan RM5 juta bagi membina pusat perkhidmatan autisme baharu di beberapa negeri termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan.

Selain itu, katanya, kementerian turut memperluas program pemberdayaan wanita melalui latihan kemahiran, keusahawanan mikro dan literasi kewangan, di samping membantu 3,000 bekas banduan wanita yang tidak mempunyai sokongan keluarga untuk memulakan hidup baharu.

“Mereka akan dibantu melalui Yayasan Kebajikan Negara dengan pemberian peralatan mengikut kemahiran masing-masing seperti peralatan masakan, set urutan atau sistem PA untuk memulakan perniagaan kecil,” jelasnya.

Nancy berkata, Belanjawan 2026 turut memberi penekanan terhadap pembangunan ekonomi penjagaan (care economy) dengan tumpuan kepada latihan penjaga profesional (caregiver) yang mampu memberi khidmat kepada warga emas dan OKU secara lebih berstruktur.

“Kita mahu melahirkan lebih ramai penjaga profesional supaya penjagaan tidak lagi dianggap kerja sambilan tetapi sebahagian daripada sektor ekonomi yang diiktiraf,” katanya.

Beliau turut mengingatkan masyarakat agar tidak memendam masalah tekanan, kemurungan atau keganasan rumah tangga, sebaliknya segera mendapatkan bantuan melalui Talian Kasih 15999 atau WhatsApp 019-261 5999.

“Lapor awal bukan membuka aib, tetapi menyelamatkan nyawa,” tegasnya.

Menurut Nancy, keseluruhan Belanjawan 2026 merupakan belanjawan berjiwa rakyat yang memberi fokus kepada kebajikan dan kesejahteraan semua golongan tanpa mengira latar belakang.

“Bajet ini bukan sekadar angka, tetapi menunjukkan kesungguhan Kerajaan MADANI meringankan beban rakyat, membela yang rentan dan memastikan tiada golongan yang tertinggal dalam pembangunan negara,” ujarnya.

Related Posts

Kos pengeluaran agrokomoditi meningkat susulan kenaikan input pertanian

PUTRAJAYA – Kos pengeluaran industri agrokomoditi negara meningkat susulan kenaikan ketara harga input pertanian termasuk baja NPK bagi kategori tempatan dan import yang naik sehingga 45.5 peratus, manakala racun meningkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebahagian kecil produk ubat, peranti perubatan berdepan risiko tinggi

PUTRAJAYA – Sebanyak 16.8 peratus bekalan ubat negara dikenal pasti berada pada tahap risiko tinggi setakat 8 Mei dan memerlukan pemantauan serta langkah mitigasi secara berterusan susulan krisis bekalan global.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman