Lelaki ditahan kes dera kanak-kanak 3 tahun – Pesuruhjaya Polis Sarawak

KUCHING – Polis Sarawak menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun yang dipercayai menjadi mangsa dera.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, suspek ditahan kurang 30 jam selepas laporan diterima hasil tindakan pantas dan risikan Bahagian Siasatan Jenayah.

“Setakat ini, hanya seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan. Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah,” katanya ketika ditemui oleh media selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak pada Jumaat.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati terdapat pengakuan dan saksi di tempat kejadian termasuk ibu mangsa sendiri.

“Kes ini masih disiasat secara menyeluruh bagi melengkapkan semua bukti sebelum kita membawa suspek ke muka pengadilan. Perbuatan mendera kanak-kanak berumur 3 tahun ini satu tindakan yang sangat zalim,” tegasnya.

Mengulas dakwaan tular di media sosial kononnya ibu mangsa turut ditahan, beliau menjelaskan perkara itu tidak benar.

“Setakat ini kita hanya mengambil keterangan ibu mangsa dan belum ada keperluan untuk menahannya. Namun, siasatan awal mendapati mereka mempunyai hubungan rapat, mungkin kawan atau kekasih, tetapi bukan suami isteri,” katanya.

Tambah beliau, laporan bedah siasat telah dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa.

Dalam pada itu, Mohamad Zainal turut memaklumkan bahawa Kontinjen Sarawak bersedia membantu Polis Sabah dari segi sumber manusia bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya di negeri berkenaan.

“Kita merupakan kontinjen paling hampir dengan Sabah, maka bantuan akan disalurkan mengikut keperluan dan permintaan pihak sana,” ujarnya.

Related Posts

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

PAPAR – Sebanyak 90 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan ini, bagi menyediakan habitat hidupan laut dan mewujudkan kawasan tangkapan yang lebih produktif untuk nelayan setempat. Ahli Parlimen Papar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

KOTA KINABALU – Cement Industries Sabah (CIS) digesa menetapkan garis masa yang jelas bagi memulihkan bekalan simen di seluruh Sabah susulan kekurangan bahan itu yang terus menjejaskan projek pembinaan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar