Harimau Malaya benam cabaran Laos di Vientiane

SKUAD Harimau Malaya menewaskan Laos 3-0 dalam aksi Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Vientiane, malam tadi.

Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Peter Cklamovski mengekalkan rekod tanpa kalah dan terus mendahului kumpulan dengan sembilan mata penuh.

Kehilangan tujuh tonggak warisan yang digantung Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) tidak menjejaskan persembahan skuad negara yang tampil mempamerkan aksi bertenaga serta menguasai hampir keseluruhan perlawanan.

Pasukan kebangsaan negara membuka jaringan menerusi Arif Aiman yang bijak mengelecek pertahanan Laos sebelum melepaskan rembatan leret untuk membuka tirai jaringan negara pada separuh masa kedua.

Dion Cools menggandakan kedudukan pada minit ke-68 hasil hantaran cantik Corbin Ong sebelum pemain gantian, Faisal Halim meledak gol ketiga negara pada penghujung perlawanan.

Skuad Harimau Malaya dijadualkan sekali lagi menentang Laos dalam aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini.

Related Posts

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

SEBANYAK 180 pasukan dari seluruh negara bakal berentap dalam tujuh kategori pada Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 yang akan berlangsung di Stadium Hoki Wisma Belia Indera Mahkota, dari 9…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gol Kane, Gordon bantu England kalahkan Republik Czech

ANTHONY Gordon dan Harry Kane sekali lagi mencetak gol ketika England menewaskan Republik Czech yang beraksi dengan 10 pemain 2-0, awal pagi tadi, untuk menghidupkan kempen Liga Negara-Negara mereka. Pasukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

Netizen sifatkan Mohd Shuhaily pilihan tepat perkukuh kawalan sempadan negara

Netizen sifatkan Mohd Shuhaily pilihan tepat perkukuh kawalan sempadan negara

Tegas pertahan integriti, KP AKPS lapor polis isu video tular

Tegas pertahan integriti, KP AKPS lapor polis isu video tular

Warga emas maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

  • By Fatin
  • October 1, 2026
Warga emas maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

DBKK nafi dakwaan palsu lantikan CEO Kinabalu Venture

DBKK nafi dakwaan palsu lantikan CEO Kinabalu Venture

SARA bulanan mula dikredit hari ini

SARA bulanan mula dikredit hari ini