Ibu pernah ditahan Israel, bimbang akan diperlakukan dengan lebih zalim

SERDANG – Anak kepada dua delegasi Malaysia dalam misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza (FFC x TMTG), Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali serta isteri, Dr Fauziah Hassan meluahkan kebimbangan susulan berita rampasan kapal oleh tentera Israel, pada Rabu.

Shamil Mohd Alauddin, 40, memaklumkan, dia serta keluarga sudah dapat mengesan sesuatu yang tidak kena apabila kapal yang dinaiki ibunya tidak lagi bergerak di aplikasi penjejak (tracker) sejak Selasa.

“Saya tengok di Facebook dan kami juga ada tracker (alat penjejak). Bila tengok ‘tracker’ tu dah tak bergerak lama, saya dah tahu ada sesuatu berlaku.

“Apabila lihat di Facebook dan Instagram pun dah keluar awal-awal maklumat kapal telah dinaiki tentera Zionis, boleh agaklah masa tu kemungkinan besar dah kena ‘intercept’.

“Memang terkejut sebab walaupun kami menjangkakan ia boleh berlaku, tapi tak sangka seawal ini. Kami ingat mungkin esok, tapi rupanya jadi sehari awal,” katanya ketika ditemui media di ibu pejabat MyCare, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Shamil berkata, berdasarkan cara layanan rejim terhadap peserta Global Sumud Flotilla (GSF) baru-baru ini, tidak mustahil Israel akan bertindak ganas dan agresif.

Apatah lagi, kata anak kedua daripada tiga beradik itu, ibunya sebelum ini pernah ditahan oleh tentera Israel dalam misi Women’s Boat to Gaza pada 2016.

“Harap ibu saya pulang dengan selamat dan sihat, tapa diapa-apakan. Memang akan rasa bimbang sebab kita tidak tahu apa respons Zionis, kita boleh nampak dari flotila semakin mengganas dan agresif terhadap tahanan.

“Kita tidak tahu layanan kali ini terutamanya ibu saya pernah masuk penjara (Israel) sebelum ini. Mungkin mereka tahu dan akan lebih agresif. Kita cuma boleh mendoakan keselamatan, harap kerajaan boleh lakukan apa yang perlu untuk percepatkan pembebasan mereka,” katanya.

Tambahnya, komunikasi terakhir bersama ibu bapanya, Dr. Mohd. Alauddin dan Dr. Fauziah Mohd. Hasan, berlaku semalam melalui panggilan video sekitar pukul 6 petang waktu Malaysia (12 tengah hari waktu tempatan).

“Masa tu mereka sempat berhubung. Ibu ada maklum nampak dron, tapi tak pasti milik siapa. Mereka juga beritahu masih berada di luar kawasan yang biasa berlakunya ‘interception’ (dipintas),

“Justeru, kami tak sangka ia akan berlaku secepat ini walaupun kami semua dah bersedia dan menjangkakan ini (ditahan Israel),” katanya.

Pelayaran FFC x TMTG merentasi Laut Mediterranean membawa bekalan makanan, ubat-ubatan serta mesej keamanan yang menggesa agar peperangan dan krisis kebuluran dihentikan, selain menuntut pembukaan akses koridor kemanusiaan ke Gaza.

Seramai lapan delegasi Malaysia belayar di atas kapal Conscience dengan seorang lagi delegasi di atas kapal layar Umm Saad.

Lapan delegasi Malaysia yang menaiki kapal Conscience milik FFC itu terdiri daripada ketua misi, Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali, Dr Fauziah Hassan, Dr Hafiz Sulaiman, Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi, wartawan, Syafik Shukri Abdul Jalil, dua pensyarah iaitu Prof Dr Mohd Afandi Salleh dan Dr Noorhasyimah Ismail serta Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Norsham Abu Bakar.

Related Posts

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memohon Kementerian Kewangan mempertimbangkan kenaikan cukai jualan ke atas rokok dalam Belanjawan 2027, sebagai langkah membendung peningkatan tabiat merokok dalam kalangan golongan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih perlu menjalani hukuman di Penjara Kajang buat sementara waktu selepas pelaksanaan tahanan rumah yang diperkenankan kepadanya tertakluk kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • September 20, 2026
Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera