UMNO-BN sedia hadapi PRN17 Sabah selaras hasrat rakyat

KOTA KINABALU – UMNO-Barisan Nasional (BN) beriltizam menyusun strategi dan pendekatan yang lebih dekat dengan denyut nadi rakyat menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), pada Isnin. 

Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, politik hari ini menuntut kebijaksanaan dan kepekaan terhadap suara rakyat.

“Kita tidak datang dengan kata-kata manis, tetapi dengan pelan dan tindakan yang nyata ibarat ‘kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya’. 

“UMNO-BN yakin rakyat Sabah akan membuat pilihan yang bijak memilih parti dan calon-calon yang mampu membawa arus perubahan yang lebih baik untuk rakyat dan negeri ini,” katanya dalam kenyataan media, pada Isnin. 

Menurut Bung, UMNO-BN mempunyai pengalaman luas mentadbir, membangun dan menjaga negeri Sabah yang akan memudahkan setiap jentera, calon dan kepimpinan melaksanakan tugas dengan lebih tersusun dan berkesan.

“Kita tidak menunggu esok. Persediaan kita sudah lama berjalan. Semua jentera UMNO-BN di seluruh negeri kini berada pada tahap kesiapsiagaan maksimum. 

“Saya menyeru setiap pemimpin Bahagian, sayap dan PDM pastikan jentera digerakkan sepenuhnya bagi menjamin kemenangan calon-calon BN di seluruh Sabah,” katanya. 

Dalam pada itu, Bung tegas UMNO-BN bakal membawa perubahan yang lebih baik kepada rakyat Sabah dengan pengalaman UMNO-BN menjadi sandaran untuk memulihkan semula Sabah ke landasan kemajuan, kestabilan dan kesejahteraan rakyat.

“Kita percaya rakyat Sabah berhak untuk hidup lebih baik daripada hari ini berhak menikmati peluang, kemajuan dan kestabilan politik yang kukuh.

“Kita juga tidak akan menutup mata terhadap hakikat sebenar isu kegagalan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) membangunkan negeri akan menjadi tumpuan utama dalam kempen BN kali ini. 

“Rakyat sudah melihat sendiri kegagalan kepimpinan GRS dalam mengurus ekonomi, pelaburan dan pembangunan negeri apabila banyak kawasan masih ketinggalan, peluang pekerjaan sempit dan dasar pembangunan negeri tidak tersusun,” ujarnya.

Related Posts

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mencabar pihak yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sudah melalui penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

MUKAH – Kehadiran luar biasa seramai 110,772 pengunjung sepanjang tiga hari Penganjuran Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Mukah membuktikan semangat perpaduan dan keharmonian kaum di bahagian ini berada pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017