Rekod cemerlang dasar luar bantu Malaysia dalam krisis GSF

USAHA diplomasi Malaysia dalam membebaskan 23 aktivis Gaza Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan di luar negara mendapat pujian pemerhati politik, Mohd Yusri Ibrahim, yang menyifatkannya sebagai manifestasi kejayaan dasar luar negara dan kebijaksanaan kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, walaupun kumpulan aktivis Malaysia bukan yang pertama dibebaskan, mereka antara yang terawal meninggalkan penjara negara terbabit, hasil rundingan yang berjalan lancar dan strategik.

“Saya secara peribadi memberikan penghargaan besar kepada PMX dan Kerajaan Malaysia atas pencapaian ini. Kejayaan tersebut adalah hasil daripada dua faktor penting pengaruh peribadi Perdana Menteri dan rekod cemerlang dasar hubungan luar Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau menegaskan bahawa dasar luar Malaysia yang bersifat sederhana, terbuka dan tidak bermusuh secara terbuka dengan mana-mana pihak membolehkan negara ini mengekalkan jaringan hubungan diplomatik yang luas dan kukuh.

“Malaysia mempunyai dasar luar yang membolehkan kita berkawan dengan ramai pihak dan mengurangkan jumlah musuh pada tahap paling minimum. Walaupun kita tidak bersetuju dengan dasar sesebuah negara, kita tetap mampu bekerjasama dalam aspek-aspek yang selari,” jelasnya.

Mohd Yusri berkata, situasi Malaysia di pentas antarabangsa semakin kukuh apabila Perdana Menteri kini ialah seorang tokoh Muslim demokrat yang dihormati secara global.

“Kombinasi rekod Malaysia dan keterampilan PMX telah menyumbang besar kepada kelancaran proses rundingan. Ini menunjukkan betapa pentingnya pemimpin yang bijak dan berpengaruh dalam urusan hubungan antarabangsa,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa hubungan luar negara merupakan seni bernegara yang kompleks, dinamik dan memerlukan kematangan serta kebijaksanaan tinggi.

“Sesiapa pun yang mahu menjadi Perdana Menteri selepas ini perlu memiliki kemahiran diplomasi tahap tinggi seperti ini. Dunia tidak akan menghormati pemimpin yang hanya pandai beremosi tanpa hala tuju yang jelas,” tambah beliau.

Mohd Yusri turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memainkan peranan dalam usaha pembebasan aktivis berkenaan, termasuk Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, pegawai-pegawai Wisma Putra dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Related Posts

Hari Pahlawan terima peruntukan tambahan RM2 juta

PORT DICKSON – Kerajaan MADANI meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta sempena sambutan Hari Pahlawan tahun ini sebagai menghargai pengorbanan serta jasa veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempertahankan kedaulatan negara,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebuah lagi kapal milik Petronas akan tiba di Melaka pada Ogos, sudah lepasi Selat Hormuz

PORT DICKSON – Sebuah lagi kapal tangki milik Petronas yang diberi kelulusan melalui Selat Hormuz akan tiba di Melaka, awal Ogos ini. Perkara itu disahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak komited perkasa industri pelancongan di Bario

Sarawak komited perkasa industri pelancongan di Bario

Hari Pahlawan terima peruntukan tambahan RM2 juta

Hari Pahlawan terima peruntukan tambahan RM2 juta

Program KAWAN JKOM perkukuh penyampaian maklumat kerajaan kepada masyarakat luar bandar

Program KAWAN JKOM perkukuh penyampaian maklumat kerajaan kepada masyarakat luar bandar

Sebuah lagi kapal milik Petronas akan tiba di Melaka pada Ogos, sudah lepasi Selat Hormuz

Sebuah lagi kapal milik Petronas akan tiba di Melaka pada Ogos, sudah lepasi Selat Hormuz

Boleh kritik tapi jangan fitnah saya – PMX

Boleh kritik tapi jangan fitnah saya – PMX

Malaysia kekal RM1.99 walau seluruh dunia naikkan harga minyak

Malaysia kekal RM1.99 walau seluruh dunia naikkan harga minyak