Perdana Menteri Perancis letak jawatan

PARIS – Perdana Menteri baharu Perancis, Sebastien Lecornu meletak jawatan, umum Istana Elysee, hari ini, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Lecornu menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Presiden Emmanuel Macron dan Presiden menerima peletakan jawatan itu, menurut kenyataan Istana Elysee.

Hampir empat minggu selepas pelantikannya, Lecornu baru sahaja mengumumkan portfolio kementerian utama pada Ahad, namun ketua parti konservatif Republicans, Bruno Retailleau, menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap komposisi Kabinet baharu dan memanggil mesyuarat krisis pada Isnin.

Akibatnya, timbul spekulasi mengenai kemungkinan parti konservatif menarik diri daripada gabungan dengan kem Presiden Macron yang berhaluan tengah dan tidak mempunyai majoriti di Parlimen.

Lecornu pada asalnya dijadual menyampaikan kenyataan dasar kerajaan di Dewan Rendah Parlimen Perancis iaitu Perhimpunan Kebangsaan serta mengumumkan baki pelantikan anggota Kabinet esok.

Related Posts

Lebih 150 orang awam maut akibat operasi tentera AS di Yaman

WASHINGTON – Operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) mengorbankan 153 orang awam dan mencederakan 243 yang lain sepanjang 2025, menurut seorang pegawai AS, yang memetik penilaian Pentagon. Jumlah itu meningkat ketara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 100,000 hektar hutan Indonesia terbakar, risiko jerebu rentas sempadan

JAKARTA – Lebih 107,000 hektar kawasan hutan dan tanah di seluruh Indonesia terjejas akibat kebakaran setakat Isnin, dengan kerajaan meningkatkan usaha bagi mengelakkan jerebu rentas sempadan menjejaskan negara jiran. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok