Pokok Sena mula dilanda banjir, 200 mangsa dipindahkan ke PPS

ALOR SETAR – Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Pokok Sena, malam tadi, iaitu di Dewan Serbaguna Pokok Sena bagi menempatkan 200 mangsa daripada 50 keluarga yang terjejas banjir.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, kesemua mangsa dari Mukim Gajah Mati, Mukim Tualang dan Mukim Derang itu ditempatkan di PPS itu yang dibuka pada jam 11 malam tadi.

“Kawasan-kawasan yang terlibat dari mukim berkenaan ialah Taman Puteri, Kampung Sungai Durian, Kampung Temusu dan Kampung Pulau Nyor.

“Tiga sungai di Kedah menunjukkan paras air bahaya, iaitu Sungai Nawa di Kampung Pokok Sena Lama, Pokok Sena; Sungai Chepir di Titi Pekan Sik, Sik dan Sungai Ketil di Kampung Bongor, Baling,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tiga lagi sungai berada pada tahap amaran, iaitu Sungai Muda di Ampang Jajar, Kuala Muda; Sungai Bata di Kampung Bata, Kubang Pasu dan Sungai Naka di Naka, Padang Terap.

Beberapa kawasan di negeri ini dinaiki air berikutan hujan lebat sejak jam 2 petang Jumaat.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula