Jesselton Docklands bakal pacu ekonomi Sabah

KOTA KINABALU – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yakin projek pembangunan tepi laut bandaraya bernilai RM4.2 bilion, Jesselton Docklands akan menjadi pemacu perubahan ekonomi Sabah.

Beliau berkata, pembangunan di atas tanah seluas 35 ekar itu bakal mewujudkan peluang pekerjaan, menarik pelaburan, merancakkan pelancongan serta memberi limpahan positif merentasi pelbagai sektor.

“Ia akan mengubah landskap tepi laut bandar ini kepada sebuah kawasan bandar moden, ceria dan mampan.

“Majlis pecah tanah Jesselton Docklands menandakan satu lagi pencapaian penting dalam transformasi berterusan tepi laut bersejarah Kota Kinabalu,” katanya pada majlis pecah tanah projek tersebut di Jesselton Docklands Live Lab di sini pada Jumaat.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

Menurutnya, projek yang dibangunkan Suria Capital Holdings bersama BEDI Development itu menampilkan terminal persiaran antarabangsa khusus, hotel, kediaman, presint budaya dan zon komersial.

Jelasnya, perkembangan tepi laut ikonik itu juga akan menjadi lebih pesat dengan berlangsungnya fasa kedua usaha sama Suria dengan SBC Corporation Berhad menerusi pembangunan Jesselton Quay.

“Kerjasama antara syarikat berkaitan kerajaan seperti Suria dengan sektor swasta mencerminkan inti pati sebenar perkongsian awam-swasta, di mana aset negeri dan modal swasta bergabung untuk memacu pertumbuhan yang mampan dan berimpak.

“Projek itu juga selari dengan aspirasi Kerajaan Negeri di bawah Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya, khususnya teras strategik pertumbuhan ekonomi, kemampanan, dan keterangkuman sosial,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hajiji turut memuji BEDI Development dan Suria atas sumbangan masing-masing sebanyak RM100,000 bagi usaha bantuan selepas banjir dan bencana alam baru-baru ini.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun