Malaysia tidak akan berkompromi dengan kezaliman Israel – Zahid Hamidi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengecam sekeras-kerasnya tindakan zalim rejim Zionis Israel terhadap misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza yang disifatkan sebagai simbol solidariti dan harapan dunia kepada rakyat Palestin.

Ahmad Zahid menegaskan bahawa Malaysia tidak akan berkompromi dalam hal keselamatan warganegaranya dan akan menggunakan segala saluran sah untuk memastikan Israel dipertanggungjawabkan atas tindakannya.

Beliau berkata, kapal-kapal yang menyertai misi flotila itu membawa sukarelawan serta bekalan penting untuk rakyat Palestin yang telah sekian lama hidup dalam penderitaan akibat sekatan berpanjangan rejim Israel.

“Dunia sekali lagi menyaksikan wajah sebenar Israel sebuah rejim penjajah yang tidak menghormati undang-undang, tidak menghormati nyawa, malah sanggup menindas misi bantuan GSF ke Gaza. Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan ini.” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, tindakan rejim Zionis itu bukan sahaja merupakan satu bentuk kezaliman terhadap rakyat Gaza, bahkan penghinaan terhadap suara kemanusiaan sejagat yang menyokong kebebasan dan keadilan untuk Palestin.

Katanya, beliau mengikuti secara dekat perkembangan misi berkenaan sejak awal, termasuk berhubung terus dengan sukarelawan Malaysia yang menyertai flotila tersebut.

“Saya tahu dugaan yang mereka hadapi amat besar. Cabaran yang mereka tempuhi bukan sesuatu yang mudah. Namun, doa seluruh rakyat Malaysia sentiasa mengiringi mereka,” ujarnya.

Beliau turut memohon agar Allah SWT sentiasa melindungi dan mengurniakan kekuatan kepada semua sukarelawan kemanusiaan untuk meneruskan misi mulia tersebut.

Tegasnya, pendirian Malaysia terhadap Palestin tidak akan berubah dan negara ini akan terus berdiri teguh bersama rakyat Palestin sehingga keadilan dan kebebasan benar-benar menjadi milik mereka.

“Seperti yang ditegaskan oleh Perdana Menteri, keselamatan warganegara Malaysia adalah keutamaan. Dalam hal ini, kita tidak akan berkompromi!” katanya lagi.

Setakat pagi ini, sebanyak 30 kapal yang menyertai misi GSF dilaporkan kekal meneruskan pelayaran menuju ke Gaza pada awal pagi ini, meskipun beberapa kali berdepan cubaan pemintasan oleh tentera laut Israel.

Menurut kemas kini yang disiarkan menerusi saluran rasmi Telegram flotila berkenaan pada jam 8.45 pagi (waktu Malaysia), kesemua kapal itu kini berada hanya 46 batu nautika dari pesisir Gaza dan masih meneruskan perjalanan meskipun berdepan tindakan agresif oleh pihak tentera Israel.

Related Posts

Hari Pahlawan terima peruntukan tambahan RM2 juta

PORT DICKSON – Kerajaan MADANI meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta sempena sambutan Hari Pahlawan tahun ini sebagai menghargai pengorbanan serta jasa veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempertahankan kedaulatan negara,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebuah lagi kapal milik Petronas akan tiba di Melaka pada Ogos, sudah lepasi Selat Hormuz

PORT DICKSON – Sebuah lagi kapal tangki milik Petronas yang diberi kelulusan melalui Selat Hormuz akan tiba di Melaka, awal Ogos ini. Perkara itu disahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak komited perkasa industri pelancongan di Bario

Sarawak komited perkasa industri pelancongan di Bario

Hari Pahlawan terima peruntukan tambahan RM2 juta

Hari Pahlawan terima peruntukan tambahan RM2 juta

Program KAWAN JKOM perkukuh penyampaian maklumat kerajaan kepada masyarakat luar bandar

Program KAWAN JKOM perkukuh penyampaian maklumat kerajaan kepada masyarakat luar bandar

Sebuah lagi kapal milik Petronas akan tiba di Melaka pada Ogos, sudah lepasi Selat Hormuz

Sebuah lagi kapal milik Petronas akan tiba di Melaka pada Ogos, sudah lepasi Selat Hormuz

Boleh kritik tapi jangan fitnah saya – PMX

Boleh kritik tapi jangan fitnah saya – PMX

Malaysia kekal RM1.99 walau seluruh dunia naikkan harga minyak

Malaysia kekal RM1.99 walau seluruh dunia naikkan harga minyak