Anwar kecam Israel pintas Global Sumud Flotilla

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam keras tindakan tentera Israel menahan kumpulan pelayaran kapal-kapal sukarelawan Global Sumud Flotilla, hari ini.

Beliau berkata, pelayaran aktivis kemanusiaan ke Gaza itu tidak mengancam keselamatan kerana tidak membawa sebarang senjata.

“Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan Israel memintas Global Sumud Flotilla. Kapal-kapal ini membawa orang awam yang tidak bersenjata serta bekalan bantuan kemanusiaan penting untuk Gaza, namun mereka disambut dengan ugutan dan paksaan.

“Dengan menghalang misi kemanusiaan ini, Israel telah menunjukkan penghinaan yang amat besar, bukan sahaja terhadap hak rakyat Palestin, tetapi juga terhadap suara hati nurani dunia.

“Flotila ini melambangkan solidariti, belas ihsan dan harapan untuk mereka yang hidup di bawah sekatan,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Perdana Menteri menegaskan, Malaysia akan menggunakan segala ruang undang-undang yang ada bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia yang ditahan Israel.

“Malaysia akan menggunakan segala saluran yang sah dan berlandaskan undang-undang untuk memastikan Israel dipertanggungjawabkan, terutamanya dalam hal yang melibatkan warganegara Malaysia. Keselamatan dan maruah rakyat kita adalah keutamaan, dan kita tidak akan membiarkannya dikompromi sesuka hati.

“Selagi rakyat Palestin dinafikan hak asasi dan aspirasi mereka, Malaysia akan terus berdiri teguh bersama mereka. Kita tidak akan berputus asa menuntut pengakhiran kepada ketidakadilan dan perampasan yang telah menimpa Palestin sejak sekian lama,” katanya.

Setakat pukul 7.40 pagi tadi, Al Jazeera melaporkan 10 sukarelawan Malaysia telah ditahan tentera Israel.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

2 maut kereta terbabas langgar pokok

2 maut kereta terbabas langgar pokok

Dua gol Haaland pastikan City atasi Porto

Dua gol Haaland pastikan City atasi Porto

Selangor jamin pusat data tidak jejas bekalan air, elektrik rakyat

Selangor jamin pusat data tidak jejas bekalan air, elektrik rakyat

Kajang dijangka bergelar bandar raya kelima Selangor

Kajang dijangka bergelar bandar raya kelima Selangor

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok